Siapa yang tidak menyukai roti bawang putih, kan? Hendak tahu? Sebenarnya, cara untuk menghasilkan garlic spread buatan sendiri ini sangat ringkas dan hanya memerlukan empat bahan sahaja. Ramai yang beranggapan bahawa penyediaan garlic spread ini sukar, tetapi hakikatnya ia sangat mudah!
Kosnya juga tidak tinggi, memang menjimatkan berbanding membeli. Sebelum memanggang roti, sapu garlic spread ini terlebih dahulu. Kemudian, nikmati bersama dengan sup cendawan yang kaya dan berkrim. Kenikmatannya memang tidak dapat digambarkan! Roti tawar juga bertukar menjadi enak dengan sapuan ini.
Anda boleh menghasilkan dalam jumlah yang banyak dan simpan di dalam peti sejuk. Ia boleh tahan lebih lama dan boleh digunakan bila-bila masa. Jom lihat cara penyediaannya di bawah!
Baca juga: Cara Buat Sup Cendawan Pekat, Lazat & Rasa Berlemak, Hirup Sampai Licin!
RESEPI GARLIC SPREAD HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 600g mentega (boleh juga menggunakan butter/marjerin)
- 100g bawang putih (dicincang halus)
- 50g gula perang
- 1 sudu besar daun parsley (dicincang halus)
Cara-cara:
- Dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan iaitu mentega, bawang putih, gula perang dan daun parsley sehingga rata.
- Setelah semua bahan bercampur dengan baik, garlic spread siap untuk digunakan!
- Boleh sapu ke atas roti dan bakar. Roti garlic ini memang sangat sedap, terutamanya jika dinikmati bersama sup cendawan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Wan N Wan M
Baca juga: Cara Buat Roti Celup Telur Yang Sedap, Ringkas Tapi Boleh Buat Ketagih!