Warga di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia pasti sudah tidak asing dengan Mee Celup Kelantan. Jika rasa rindu menyerang, anda boleh mencubanya sendiri di rumah dengan resipi yang lengkap ini.
Mee Celup Kelantan memiliki cita rasa yang istimewa dengan kuah yang pekat serta aroma rempah yang menyegarkan. Silap-silap, satu mangkuk mungkin terasa tidak mencukupi.
Nur Halida telah berkongsi resipi Mee Celup Kelantan secara langkah demi langkah di Facebook dan kami percaya anda akan berpuas hati dengan hasilnya nanti. Mari kita mencuba!
Baca juga: Mee Celup Thai, Gunakan Resipi Ini untuk Kuah yang Mantap Merecik!
RESIPI MEE CELUP KELANTAN
Bahan-bahan:
- Mee, kue tiau, bihun atau nasi air
- Daging ayam
- Bawang goreng
- Kangkung
- Kubis
- Taugeh
- Limau nipis atau kasturi
- Daun sup
- Daun ketumbar
- Serbuk lada putih
Bahan-bahan kuah:
- 2 labu bawang putih (ditumbuk kasar)
- 1 biji bawang besar (dipotong 6)
- 1 ekor ayam (dipotong 2)
- Rempah ratus
- Kulit kayu manis
- Sup bunjut
- Halia
- Lengkuas
- Separuh air
- 1 senduk kicap manis
- Garam
- Kiub ayam atau ajinomoto
- Akar daun sup dan daun ketumbar
Bahan-bahan lain:
Bahan-bahan air sambal (kisar semua):
- 1 genggam cili padi
- ½ sudu kecil garam
- 1 biji bawang putih
- ½ sudu kecil gula
- 1 biji bawang merah
- ½ cawan cuka
- ½ cawan air
Bahan-bahan lada jeruk:
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil gula
- 10 tangkai cili besar merah atau hijau (dipotong)
- ½ cawan cuka
- ½ cawan air
Cara-cara memasak kuah:
1. Pertama sekali, tumis bawang putih (ditumbuk kasar) dalam kuali sehingga keemasan.
2. Tambah bawang besar dan tumis sehingga layu.
3. Gabungkan ayam yang telah dibersihkan bersama rempah ratus, kulit kayu manis, sup bunjut, halia, lengkuas, separuh air, dan bahan-bahan tumis yang telah disediakan ke dalam periuk.
4. Masak sehingga mendidih.
5. Tambah air secukupnya dan teruskan memasak sehingga mendidih sekali lagi.
6. Masukkan kicap manis, garam, kiub ayam atau ajinomoto. Jika inginkan warna yang lebih gelap, tambah kicap manis. Setelah masak, angkat ayam dan carik isinya.
*Jika mahu kuah lebih pekat, masukkan akar daun sup dan daun ketumbar.
*Satu petua masakan yang sedap, kupas bawang putih tetapi jangan buang semua kulitnya kerana aroma kulit tersebut dapat meningkatkan rasa masakan.
Setelah siap, anda boleh hidangkan bersama kue tiau, bihun, mee, atau nasi air. Kemudian, perah limau nipis atau kasturi untuk menambah kesedapannya.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Halida
Baca juga: Resipi Mee Tarik Homemade, Buat Sendiri Tetapi Sedap Seperti di Kedai