Bagi anda yang ingin menyediakan santapan berbuka puasa di rumah tetapi tidak berkeinginan untuk menjamu nasi dan lauk-pauk, bolehlah mencuba resepi Kuetiau Goreng yang mudah tetapi lazat tidak terkira.
Kuetiau Goreng adalah salah satu hidangan mi yang terkenal di Malaysia. Pergi ke mana-mana warung pun, pasti ada hidangan ini dalam pilihan mereka.
Jika anda mengikuti resepi Kuetiau Goreng yang dikongsikan oleh Hurun’Iin Malik di Facebook ini, kami pasti anda akan memperoleh hasil yang memuaskan dan enak disantap. Jom kita cuba!
Baca juga: Kuey Teow Sup Chinese Style, Punyalah Sedap Sampai Hirup Ke Titisan Terakhir
RESEPI KUETIAU GORENG
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, rendam kuetiau dalam air panas seketika untuk mengeluarkan minyaknya.
2. Selepas itu, pisahkan helaian kuetiau satu per satu agar tidak melekat semasa memasak nanti.
3. Kemudian, tuangkan minyak secukupnya ke dalam kuali dan tumis bawang putih hingga mengeluarkan aroma wangi.
4. Seterusnya, masukkan cili boh dan masak hingga pecah minyak.
5. Selepas itu, tambahkan sos tiram, sos cili dan kicap manis secukup rasa.
6. Masukkan udang dan fish cake, kemudian kacau sebentar.
7. Tambahkan kuetiau dan pecahkan telur, kemudian gaul hingga merata.
8. Akhir sekali, masukkan taugeh dan kucai, kemudian tambahkan garam. Siap untuk disajikan!
Kaedah penyediaan resepi Kuetiau Goreng ini tidak susah. Tambahan pula jika ada cili potong kicap, pasti lagi bertambah nikmatnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Hurun’Iin Malik
Baca juga: Cara Masak Kuey Teow Kungfu Di Rumah, Dapat Hasil Kuah Yang Pekat Elok!