
Banyak yang pulang ke desa minggu lalu dan pastinya berasa teruja menikmat kuih-muih yang enak. Kali ini, kami ingin berkongsi resepi Kuih Ketayap mudah tanpa pewarna.
Kuih Ketayap atau kuih gulung adalah sejenis kuih berinti yang amat terkenal di Malaysia. Di Indonesia, kuih ini dikenali sebagai kuih dadar gulung.
Untuk mengenali Kuih Ketayap ini, ia mudah saja kerana bentuknya seperti silinder dengan hasil gulungan kulit nipis, dibuat daripada adunan tepung yang diletakkan inti kelapa parut.
Kami menemukan resepi Kuih Ketayap mudah tanpa pewarna yang dikongsikan oleh Rahimah Ali di Facebook dan ternyata hasilnya sangat lembut serta lebih harum. Mari kita cuba!
Baca juga: Resepi Kuih Ropa Berinti Enak, Guna Sukatan Ini Terjamin Rangupnya!
RESEPI KUIH KETAYAP MUDAH

Bahan-bahan untuk inti kelapa:
Bahan-bahan untuk kulit ketayap:
Cara-cara membuat inti kelapa:
1. Pertama sekali, cairkan gula merah dan gula putih dengan air, kemudian tapiskan.
2. Selepas itu, masak campuran gula yang telah dicairkan itu bersama kelapa parut hingga inti kering menggunakan api sederhana.
3. Setelah itu, ketepikan seketika dan biarkan sejuk.
Cara-cara membuat kulit ketayap:
1. Pertama, kisar daun pandan dan tapiskan.
2. Seterusnya, campurkan tepung gandum, telur, santan dan garam dengan air dan tapiskan juga.
3. Kemudian, panaskan kuali yang disapu sedikit minyak.
4. Seterusnya, tuangkan satu senduk campuran tepung dan ratakan ke atas kuali yang panas.

5. Lepas itu, dalam kira-kira 3 hingga 4 minit, boleh angkat dan ulang langkah sehingga campuran tepung habis.
6. Terakhir, gulung bersama inti kelapa yang telah disejukkan tadi. Siap untuk dinikmati!
Resepi Kuih Ketayap mudah ini sangat sesuai dijadikan idea untuk sarapan dan minum petang yang lazat untuk seisi keluarga di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Rahimah Ali
Baca juga: Kuih Limas Perak Paling Asli, Untuk Hasil Lembut Bergedik Ikuti Resipi Ini

