Pernahkah anda mengalami keletihan, mata sentiasa ingin terpejam, atau tidak bertenaga untuk menyelesaikan tugas? Jika ya, mungkin ini saat yang tepat untuk mencuba Air Asam Kunyit yang kaya dengan manfaat.
Air Asam Kunyit ini bukan sahaja berguna untuk menghilangkan kesakitan, tetapi juga menyokong kelancaran peredaran darah, menyingkirkan angin, memberikan tenaga dan banyak lagi.
Untuk membuat minuman ini di rumah, anda boleh mengikuti resipi dari Ct Mazni di Facebook yang tidak memerlukan kos yang tinggi, cara penyediannya sangat mudah dan boleh dinikmati berulang kali.
Baca juga: Untuk Mengeluarkan Angin Degil Dalam Badan, Cubalah Tip Minum Air Halia Madu 4 Bahan Ini
RESIPI AIR ASAM KUNYIT
Bahan-bahan:
- ½ kg kunyit segar (sagat atau kisar)
- Segenggam temu kunci (ketuk)
- ½ genggam asam jawa
- 1 biji gula melaka
- 4.5 liter air
- ⅓ sudu kecil garam
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, sagat atau kisar kunyit segar, ketuk temu kunci.
2. Seterusnya, didihkan air dalam periuk dan masukkan semua bahan.
3. Biarkan mendidih sehingga sedikit pekat, kemudian matikan api.
4. Lepas itu, tapis dan simpan dalam bekas. Siap untuk dinikmati.
Jika ingin menikmati minuman ini, anda hanya perlu memanaskannya semula dan nikmati ketika masih panas untuk rasa yang lebih menyegarkan. Selepas meminum, anda akan merasakan perubahannya.
Antara manfaat yang terkandung dalam air asam kunyit ialah:
- Mengurangkan kesakitan
- Melancarkan aliran darah
- Mengurangkan lemak dalam tubuh
- Menyediakan tenaga dan kecergasan
- Menyingkirkan angin dalam badan
- Memperbaiki kesihatan haid & nifas
- Merawat masalah senggugut
- Menghilangkan bau badan
- Memudahkan pembuangan
Semoga bermanfaat!
Sumber: Ct Mazni
Baca juga: Nak Hilangkan Bau Badan & Kecilkan Perut, Cubalah Tip Minum Air Limau Kasturi Madu Ini