Laksa Siam: Kuah Pekat Berlemak yang Menggoda Selera!


laksa siam

Bagi anda yang tidak mempunyai kesempatan untuk pergi ke Thailand tetapi ingin menikmati Laksa Siam yang lezat dan terkenal di sana, anda boleh mencuba resipi yang akan kami sampaikan ini.

Laksa Siam mempunyai rasa yang hampir serupa dengan laksa lemak yang biasa kita sediakan, tetapi ia lebih kaya dengan aroma dan rasa pedas serta kuahnya berwarna kuning.

Nafsiah Rahim telah memaparkan cara untuk membuat Laksa Siam yang enak dan mudah di Facebook sehingga ramai yang teringin untuk merasainya. Mari kita cuba!

Baca juga: Resipi Laksam Sukatan Cawan, Hasil Cantik, Licin Dan Lembut Dimakan

RESIPI LAKSA SIAM

laksa siam

Bahan-bahan:

  • 1kg ikan
  • 700ml santan kotak
  • Daun limau purut
  • 3 kepingan asam
  • Serai
  • Laksa halus 500g (2 pek)
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:

  • 3 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cabai kering
  • 3 batang serai
  • Seinci halia
  • Seinci lengkuas
  • 1 sudu lada hitam
  • Seinci kunyit
  • Belacan sebesar bola pingpong
  • Sedikit minyak
  • 1 cawan air

Bahan ulam:

  • Tauge
  • Kacang panjang
  • Daun pudina
  • Timun
  • Kubis
  • Bunga kantan
  • Terung
  • Cabai, limau atau telur rebus (mengikut citarasa)

Cara mempersiapkan:

1. Pertama, rebus ikan kembung dengan asam keping. Selepas itu, ambil isi ikan. Air rebusan ikan tersebut, jangan dibuang ya. Ia boleh digunakan untuk kuah nanti. Ketepikan.

2. Kisar semua bahan yang perlu dikisar.

3. Masukkan bahan yang telah dikisar, serai diketuk, dan daun limau purut yang dicarik ke dalam periuk hingga naik aromanya.

4. Kemudian, masukkan santan. Kacau hingga rata, jangan sampai hangus.

5. Setelah itu, masukkan isi ikan dan kacau sehingga rata.

6. Selanjutnya, masukkan air rebusan yang dibuat tadi dan jangan lupa tambahkan asam keping.

7. Perasakan garam dan gula mengikut selera masing-masing.

8. Setelah kuah mendidih, boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan!

Selain menjadi hidangan untuk seisi keluarga, anda juga boleh menggunakan resipi Laksa Siam ini untuk menyambut tetamu yang datang ke rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nafsiah Rahim

Baca juga: Wanita Johor Ini Berkongsi Resipi Laksa Johor Original, Hasil Kuah Menjadi!



Sumber pautan

Scroll to Top