Jika anda mendambakan sajian enak semasa sahur, kami mencadangkan anda mencuba salah satu hidangan dalam Resipi Campak-Campak dari MyResipi iaitu resepi Laksa yang mudah ini.
Siapa yang tidak suka menikmati Laksa? Tanya sesiapa sahaja, pasti ramai yang menggemarinya. Terutama sekali jika anda melawat bazar Ramadan, pasti anda akan lihat Laksa dijual dengan permintaan tinggi.
Resepi Laksa ini begitu mudah dengan hanya menggunakan 5 bahan. Pada masa yang sama, anda dapat menghemat tenaga dan waktu untuk memasak. Mari kita cuba!
Baca juga: Resipi Bihun Goreng Singapore Yang Simple Dan Lazat, Campak-Campak Terus Siap!
RESEPI LAKSA SIMPLE
Bahan-bahan:
- 1 paket pes laksa segera
- 1 genggam mi laksa (celur dan toskan)
- Sekadar air
- Timun dan telur rebus secukupnya (hiasan)
- 1 biji bawang merah (hiasan)
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, masukkan pes laksa segera ke dalam periuk.
2. Kemudian, tambahkan sedikit air dan biarkan kuahnya mendidih.
3. Sementara itu, boleh celurkan mi laksa sehingga ia lembut dan rebus telur supaya apabila kuah siap, anda dapat terus menghiasnya.
4. Setelah kuah mendidih, anda boleh mematikan api.
5. Masukkan mi laksa ke dalam mangkuk, kemudian hias dengan irisan bawang merah dan timun.
6. Selanjutnya, tuangkan kuah yang sudah dimasak di atas mi laksa.
7. Akhir sekali, letakkan telur rebus. Siap untuk dihidangkan!
Kelak, kadang-kadang kita tidak bersemangat untuk memasak nasi, tetapi tetap ingin menikmati sesuatu yang enak pada waktu sahur. Jadi, resepi Laksa simple ini adalah pilihan ideal untuk dicuba di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: MyResipi
Baca juga: Mee Goreng Tomyam Versi Campak-Campak, Sesuai Untuk Sahur