Sesekali, anak-anak pasti ingin menikmati hidangan yang ringkas dan sedap, ibu-ibu bolehlah mencuba resipi Lasagna Cheese yang lezat ini di rumah.
Resipi Lasagna Cheese ini telah dikongsikan oleh Aisha Shukor di Facebook dan sangat mudah untuk disediakan. Mari kita mencubanya!
Baca juga: Mini Pizza Menggunakan Roti Gardenia, Bekal Sekolah Ini Pasti Buat Anak Gembira!
RESEPI LASAGNA CHEESE
Bahan-bahan untuk inti daging:
- 3 sudu minyak zaitun (minyak biasa juga boleh)
- 1 biji bawang holland (dihiris)
- 3 ulas bawang putih
- ½ biji capsicum (cili benggala hijau)
- 1 paket daging kisar Ramly
- Cili kisar (cili kering, bawang merah, bawang putih)
- Sedikit lada hitam halus
- Garam secukup rasa
- Cendawan butang (dihiris)
- Sos spageti cendawan atau original
- ½ sudu gula
- ½ cawan air
Bahan-bahan untuk sos putih:
- ¼ buku buttercup
- 3 ulas bawang putih (diiris)
- 2 cawan susu rendah lemak atau susu segar
- ¼ cawan air panas
- Keju cheddar atau 4 keping cheese dale
- 1 sudu lada hitam halus
- 1 sudu garam
- 3 sudu besar tepung gandum
Bahan-bahan untuk lasagna:
- Air
- 2 sudu minyak masak
- 1 sudu kecil garam
- Kulit lasagna
- Keju Mozarella
Cara penyediaan inti daging:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang holland, bawang putih, dan capsicum sehingga terbit aroma wangi.
2. Tambah daging kisar yang sudah lembut (hancurkan dengan jari supaya daging tidak berbuku) dan gaulkan dengan baik.
3. Masukkan cili kisar (sesuaikan mengikut citarasa), lada hitam halus, garam, dan tumis sehingga masak sepenuhnya.
4. Tambah cendawan butang dan masak seketika.
5. Tambahkan sos spageti, gula, air dan masak selama 3 minit. Siap!
Cara penyediaan sos putih:
1. Panaskan periuk, cairkan buttercup dan masukkan bawang putih.
2. Apabila terbit aroma dari tumisan, masukkan susu.
3. Tambahkan air panas, keju, lada hitam halus dan garam, dan biarkan masak hingga keju larut.
4. Masukkan tepung gandum dan terus kacau hingga pekat dan tiada ketulan. Siap!
Cara penyediaan lasagna:
1. Panaskan air dalam
Kuali, tuangkan minyak masak dan garam, lalu biarkan mendidih.
2. Celurkan kulit lasagna hingga lembut, namun jangan keterlaluan lembik.
*Kaedah saya menyusun sangat cepat, sambil menyusun sambil merebus kulit, jadi lebih efisien, jika tidak dicelur nanti menjadi keras dan kurang enak.
3. Tambahkan satu lapisan bahan daging ke dalam loyang atau aluminium foil yang boleh dibuang, tetapi jangan terlalu tebal.
4. Susun dengan kulit lasagna yang telah dilunakkan sebelumnya.
5. Siram dengan sos putih dan taburkan mozzarella cheese, kemudian susun lagi dengan kulit lasagna.
6. Ulang langkah (3) dan tambahkan mozzarella cheese di bahagian atas.
7. Panaskan oven pada suhu 180ºC dan bakar lasagna selama 30 minit dengan api atas dan bawah. Setelah 5 minit, ubah kepada api atas sahaja dan tingkatkan suhu kepada 220ºC untuk mendapatkan permukaan yang cantik. Siap!
Setelah menyiapkan resepi Lasagna Cheese ini di rumah, anak anda pasti tidak akan menolak untuk menikmatinya kerana ianya sedap yang sukar digambarkan. Mungkin mereka akan minta anda membuatnya lagi nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Aisha Shukor
Baca juga: Resepi Lasagna Roti Terlajak Mudah, Sekali Pandang Je Terus Terliur!