Lembut dan Gebu: Rahsia 5 Bahan Kelasik Kuih Apam Mekar!


kuih apam mekar

Salah satu kuih yang sentiasa laris dan mendapat perhatian ramai ialah kuih Apam Mekar kerana ianya bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi hasilnya sangat menarik dan menawan.

Kuih Apam atau dikenali sebagai apom adalah jenis kuih tradisional yang terkenal di Malaysia. Umumnya, kuih ini dihasilkan sebiji-sebiji dan lazimnya berwarna putih.

Untuk menjadikan kuih Apam kelihatan lebih menawan, terkadang pewarna ditambahkan ke dalam adunan, dan hasilnya akan menjadi indah dengan pelbagai warna.

Kuih ini boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk, tetapi yang paling digemari ramai adalah kuih Apam Mekar kerana reka bentuknya menyerupai bunga yang sedang mekar.

Baru-baru ini, Atikah Ahmad telah berkongsi resipi kuih Apam Mekar di Facebook yang menghasilkan kuih yang sungguh gebu walaupun hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Jom kita mencuba!

Baca juga: Apam Cornetto Guna 3 Bahan Mudah, Comel Dan Cantik Sekata Hasilnya

RESIPI KUIH APAM MEKAR

kuih apam mekar

Bahan-bahan:

  • ½ cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan tepung naik sendiri atau self raising
  • 1 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu besar ovalette

Langkah-langkah Pembuatan:

1. Pertama, putar semua bahan selama 10 hingga 11 minit dengan kelajuan maksimum.

2. Sementara itu, panaskan air dalam pengukus dan tutup penutupnya untuk mencegah wap keluar, agar apam dapat mekar dengan cantik.

3. Selepas itu, letakkan cawan kertas cupcake ke dalam acuan lompang dan isi dengan adunan.

4. Akhirnya, kukus sehingga wapnya muncul dalam tempoh 10 hingga 13 minit. Siap untuk dinikmati!

kuih apam mekar

Untuk pengetahuan anda, resipi kuih Apam Mekar ini menggunakan cawan matrix dan anda akan mendapatkan kira-kira 45 hingga 50 biji. Jika ingin membuat lebih banyak, boleh gandakan adunan.

Selain enak dinikmati pada waktu sarapan, kuih ini juga boleh dihidangkan ketika minum petang. Jika disertakan dengan kelapa parut dan teh O panas, pasti lebih nikmat.

Kami yakin awal tahun ini pasti banyak perancangan untuk mengadakan jamuan atau kenduri, jadi adalah baik untuk menyimpan resipi ini sebagai persediaan.

Selamat mencuba!

Sumber: Atikah Ahmad

Baca juga: Kuih Apam Puri Inti Kastard, Setiap Gigitan Rasa Lembut Berkrim Yang Puas!



Source link

Scroll to Top