Resipi pencuci mulut yang sangat ikonik hari ini adalah sagu bunga telang. Memiliki rasa yang kaya dan berkrim berkat penggunaan santan serta manisan gula Melaka.
Tidak hanya sedap ketika dinikmati sejuk, malah warna biru lembut yang semulajadi dari bunga telang menjadikan pencuci mulut ini sangat menarik untuk dihidang!
Barulah tidak biasa sagu yang sering kali dikenali dengan warna merah, hijau, dan putih saja!
Ayuh, mari cuba resipi yang dikongsi di bawah ini.
Baca lebih lanjut: Cara Membuat Kek Coklat Moist Kukus, Makan Banyak Pun Tak Rasa Muak
RESIPI SAGU BUNGA TELANG GULA MELAKA
Bahan-bahan sagu
- 2 cawan sagu
- 6 cawan air rebusan bunga telang
- 2 helai daun pandan
Cara penyediaan sagu
1. Campurkan air, daun pandan, dan bunga telang dalam periuk. Rebus hingga mendidih. Buang bunga telang dan daun pandan.
2. Masukkan sagu ke dalam air rebusan bunga telang dan kacau hingga pekat. Sagu pada tahap ini masih akan kelihatan seperti mata ikan.
3. Tuangkan sagu ke dalam bekas kecil yang sesuai untuk proses pengukusan.
5. Kukus selama 15 minit sehingga sagu menjadi jernih sepenuhnya. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
Bahan-bahan santan
- 1 cawan tepung beras
- 6 cawan santan
- Garam secukup rasa
Cara penyediaan santan
1. Satukan tepung beras, santan, dan garam dalam periuk. Kacau dengan rata sehingga campuran menjadi pekat dan berbuih.
2. Setelah santan masak, tuangkan ke atas sagu yang telah disejukkan.
Bahan-bahan air gula
- 1 cawan air
- 2 ketul gula Melaka
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan, disimpul
Cara penyediaan air gula
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga gula larut sepenuhnya.
2. Tuangkan air gula ke atas sagu dan santan yang sudah siap. Hidangkan sejuk untuk merasai pengalaman yang terbaik.
Selamat menjamu selera dengan sagu bunga telang gula Melaka ini!
Sumber: Noriza Awang Hamat
Baca lebih lanjut: Coklat Moist Gebu & 11 RESIPI Topping Coklat, Tinggal Pilih Sahaja!