Makaroni Bakar Mini: Hidangan Kreatif untuk Jamuan Akhir Tahun Sekolah Anak!


resepi makaroni bakar

Para ibu kebuntuan dalam memikirkan menu apa yang patut dibawa ke majlis akhir tahun sekolah anak? Haa, bagaimana jika kita cuba resepi makaroni bakar mini yang kecil dan comel ini.

Resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Nuralia Idayu ini bukan sahaja amat sesuai untuk dibawa ke jamuan sekolah, malah ia juga berpotensi dijadikan sebagai perniagaan sampingan.

Baca juga: Cutenya Dadih Laici Sumi Ini, Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak Confirm ‘Laris’!

RESEPI MAKARONI BAKAR MINI

resepi makaroni bakar

Bahan-bahan:

  • 1 pek macaroni (400 gram) – saya menggunakan jenama Kimball
  • 1 tin sos Prego – Tradisional
  • 1 tin sos Prego – Cendawan
  • 3-4 ketul cendawan butang (dipotong dadu)
  • Ayam cincang Ramly (boleh juga menggantikan dengan daging cincang, pilihan)
  • Sosej (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dicincang halus)
  • Serbuk oregano/parsley (jika tiada, tidak mengapa)
  • 4-5 biji telur
  • Cheese slice (jenis apa pun boleh)
  • Mozarella cheese (untuk topping, jika diperlukan)
  • Saiz cup kecil

Cara-cara:

  1. Rebus macaroni hingga empuk. Tambahkan 1 sudu garam dan 2-3 sudu minyak bagi mengelakkan ia melekat. Setelah masak, toskan.
  2. Tumiskan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan ayam cincang, kacau hingga masak, kemudian tambahkan sosej dan cendawan.
  4. Tuangkan sos Prego, kacau hingga rata. Jika sos terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Perasa dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Campurkan macaroni dengan sos hingga sebati, kemudian matikan api.
  6. Masukkan macaroni ke dalam bekas yang berasingan kerana ia perlu dicampurkan dengan telur.
  7. Gaulkan macaroni dengan telur hingga rata, kemudian bahagikan ke dalam cup kecil.
  8. Letakkan sehelai cheese slice di atas setiap cup dan taburkan sedikit mozarella cheese serta serbuk parsley.
  9. Bakar pada suhu 170°C selama 30 minit. Siap untuk dinikmati!

Kredit: Nuralia Idayu

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Idea Jamuan Akhir Tahun Anak, Resipi Mac & Cheese Untuk 40 Pek Kecil



Sumber link

Scroll to Top