Pecinta kuih tradisional tidak boleh melepaskan peluang untuk mencuba resepi kuih cara manis ini. Ia adalah salah satu kuih yang sangat mudah untuk dibuat dan tidak memerlukan banyak bahan.
Lebih menarik lagi, resipi ini bukan sekadar kuih cara manis biasa kerana ia berinti gula merah. Apabila menggigitnya, anda akan merasakan kelembutan kuih bersama dengan inti manis di dalamnya.
Untuk mereka yang berminat, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan serta langkah penyediaannya di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Membuat Kuih Nona Manis Sedap Berlemak, Licin & Menarik Bila Dikeluarkan Dari Acuan
RESEPI KUIH CARA MANIS INTI GULA MERAH
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 cawan air daun pandan
- 1 biji telur
- Pewarna hijau (secukupnya)
- Secubit garam
- Gula merah (untuk inti)
- Minyak (untuk melincir acuan)
Cara-cara:
- Blend semua bahan (tepung gandum, santan, air daun pandan, telur, pewarna hijau dan garam) hingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam bekas.
- Sediakan gula merah untuk dijadikan inti.
- Sapukan sedikit minyak pada acuan.
- Panaskan acuan dan tuangkan adunan ke dalamnya. Biarkan seketika sebelum meletakkan gula merah di bahagian tengah.
- Tutup acuan dan tunggu hingga masak.
- Angkat dan siap untuk dinikmati.
Kredit resipi dan gambar: Hadirah Shafee
Baca juga: Petua Agar Kuih Koleh Kacang Tidak Cepat Basi, Wajib Lakukan 1 Langkah Ini