Jika anda sedang mencari resepi ayam bakar simple yang mudah dan cepat, inilah salah satu resipi yang patut anda cuba!
Resipi ini hanya memerlukan tiga bahan utama untuk perapan, namun hasilnya sangat memuaskan. Tiada keperluan untuk perap dalam jangka waktu lama, ayam tetap enak dan cukup berperisa.
Kadang kala, kita tidak mempunyai waktu untuk menyediakan hidangan yang rumit, jadi resipi yang ringkas seperti ini memang menjadi penyelamat. Ayo kita cuba!
Baca juga: Resipi Bubur Ayam Sama Sedap Macam Yang Dijual Dekat Kedai, Pasti Licin Semangkuk!
RESEPI AYAM BAKAR SIMPLE
Bahan-bahan:
- ½ ekor ayam
- 3 sudu besar gula
- ½ botol kecil sos cili
- ½ cawan minyak masak
Cara-cara:
- Bersihkan ayam dan toskan airnya.
- Dalam satu bekas, gabungkan gula, sos cili dan minyak masak. Gaul hingga rata.
- Masukkan ayam ke dalam campuran tersebut dan gaul hingga sebati.
- Boleh diperap sekejap jika ada masa, tetapi jika tidak sempat, teruskan ke langkah seterusnya.
- Sediakan api untuk membakar (gunakan arang). Jika memilih menggunakan oven, sila sesuaikan suhu berdasarkan jenis oven anda kerana suhu mungkin berbeza.
- Bakar ayam sambil sentiasa membalik-balikkan agar masak sekata.
- Sapukan lebihan bahan perapan semasa membakar untuk meningkatkan rasa dan kelembapan.
- Teruskan membakar sehingga ayam masak sepenuhnya.
Sumber: Nur Khalidah Ishak
Baca juga: Resipi Sup Ayam Tomato Ini Berbeza Dari Biasa, Rasa Lebih Umami & Segar Bila Dihirup!