“Meatball Magik: Garing di Luar, Juicy di Dalam dengan Air Fryer!”


resepi meatball homemade

Setiap kali terdapat waktu lapang di rumah, teringin mencipta kudapan lazat untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Apa kata, hari ini anda cuba resepi meatball homemade yang ringkas menggunakan air fryer sahaja.

Meatball yang digoreng dengan sempurna dan dipadankan dengan sos berkrim sememangnya enak dimakan. Tambahan pula, apabila disediakan sendiri, lebih menjimatkan dan memberi kepuasan.

Khalida Kharudin telah berkongsi resepi meatball homemade di Facebook yang sangat mudah disediakan dan boleh dibakar menggunakan air fryer saja. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sosej Ayam Homemade Mudah Dengan 5 Bahan, Lebih Sihat Dan Sedap!

RESEPI MEATBALL HOMEMADE AIR FRYER

resepi meatball homemade

Bahan-bahan:

  • 800gm daging kisar Ramly
  • 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 3 hingga 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 3 sudu besar lada hitam kasar
  • 2 sudu besar lada sulah
  • 1 hingga 2 parsley
  • 1 biji telur
  • ½ cawan serbuk roti (breadcrumb, boleh diganti dengan tepung jagung)
  • Garam dan serbuk perasa

Cara-cara membuat:

1. Pertama sekali, masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yang besar dan gaul sehingga rata.

2. Seterusnya, bulatkannya dengan saiz sederhana. Jika ingin membuat patty burger, bulatkan lebih besar, kepal sedikit untuk memastikan padat dan penyek leper.

3. Untuk mendapatkan hasil yang berjus, bakar pada suhu 180ºC selama 15 minit (guna air fryer pun boleh).

resepi meatball homemade

Tips tambahan:

  • Boleh sejuk bekukan adunan meatball mentah dalam bekas kedap udara untuk dijadikan stok di rumah.
  • Untuk lebih enak, hidangkan dengan sos berkrim ala IKEA dan kentang putar.

Selamat mencuba!

Sumber: Khalida Kharudin

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Hasil Dari Resepi Homemade Nugget Hanis Zalikha, Sedap Gebu!



Source link

Scroll to Top