Bukan tidak tahu memasak, tetapi bila fikir perlu menghiris bawang dan sebagainya, terus rasa malas untuk memulakan. Jangan bimbang, ada resepi Mee Bandung yang ringkas tetapi sangat lazat.
Mee Bandung ialah sejenis hidangan mi yang berasal dari Johor, Malaysia, dan terutamanya terkenal di daerah Muar. Istilah ‘bandung’ merujuk kepada gabungan bahan dalam kuahnya.
Kali ini, kami ingin berkongsi resepi Mee Bandung yang mudah dan menarik oleh Wafiza Amir di Facebook. Walaupun versi malas, namun tetap enak dan memuaskan. Mari kita cuba!
Baca juga: Cara membersihkan Mee Kuning Yang Berbau Kapur, Rasa Pahit & Bau Aneh Terus Hilang!
RESIPI MEE BANDUNG SIMPLE
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Pertama, celurkan mee kuning ke dalam air yang mendidih.
2. Seterusnya, tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga kasar.
3. Kemudian, tumis bersama cili kisar, isi ayam dan udang sehingga pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
5. Tambahkan tomato, cili padi, dan sayur-sayuran pilihan.
6. Setelah itu, masukkan air biasa dan campuran tepung jagung.
7. Akhir sekali, biarkan kuah mendidih dan pecahkan telur, kemudian matikan api. Siap untuk dihidangkan!
Tak semestinya resepi yang lazat itu sukar disediakan. Yang paling penting, anda tahu cara memasak yang mudah seperti ini. Walaupun ringkas, tetapi rasanya sukar digambarkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Wafiza Amir
Baca juga: Cara Memasak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Tambah Bahan Rahsia ‘Ini’