Mee Goreng Basah: Resepi Ringkas yang Pasti Memikat Selera!


mee goreng basah resepi

Resepi mee goreng basah ini sungguh mudah dan antara yang terbaik untuk dicuba. Pasti anda tidak akan mencari resipi lain selepas ini!

Resipi ini dikategorikan sebagai sangat mudah kerana hanya perlu ‘campak-campak’, namun hasilnya tetap hebat dan penuh selera.

Hidangan ini sesuai bagi anda yang mahu masak dengan cepat, tetapi masih enak sehingga membuat orang ingin tambah berkali-kali!

Baca juga: Cara Buat Colek Malas Rangup Confirm Jadi, Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah!

MEE GORENG BASAH RESEPI CAMPAK-CAMPAK

mee goreng basah resepi

Bahan kisar:

  • 4 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Kisar semua bahan ini dengan baik.

Bahan sos:

  • 3 sudu besar cili boh
  • ½ cawan sos tiram (jika mahu lebih, boleh tambah)
  • 6-7 sudu besar kicap manis
  • 8 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 400ml air masak

Bahan lain:

  • 5 bungkus mee (basuh bersih, toskan dan gaul dengan kicap masin secukupnya hingga sebati)
  • Sayur sawi (asingkan batang & daun)
  • 4 keping tauhu (goreng hingga garing, potong kepada 8)
  • Udang secukupnya
  • Fish ball / fish cake (tambahan jika ada)
  • 4 genggam tauge
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga berbau wangi. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak dan benar-benar masak.
  2. Perlahankan api, masukkan semua bahan sos dan kacau dengan rata. Goreng selama 3 minit.
  3. Tuangkan 400ml air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan udang, mee dan batang sawi. Goreng selama 2-3 minit.
  5. Tambahkan daun sawi dan tauhu goreng. Kacau rata dan matikan api.
  6. Alihkan kuali dari dapur, dan baru masukkan tauge untuk gaul rata.
  7. Jika ingin, anda boleh menambah hirisan cili, atau jika tidak mahu pun tidak mengapa.

Sumber: Becky Miaww

Baca juga: Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’



Source link

Scroll to Top