Jika anda dibesarkan pada zaman 90-an, pasti masih mengingati mee goreng bungkus yang sentiasa dijual di kantin sekolah atau gerai tepi jalan.
Mi ini biasanya dibalut dengan plastik dan dilapisi surat khabar lama. Nampak seperti biasa, warnanya pun pucat. Namun, rasanya memang mantap dan tersemat dalam ingatan hingga ke hari ini!
Apa yang menarik, resipi ini sangat mudah untuk dihasilkan. Bahan-bahannya pun ringkas dan mudah diperoleh di dapur. Siapa yang merindui rasa ini, jom cuba masak menggunakan resipi di bawah.
Baca juga: Lelaki Kongsikan Resipi Spageti Meatball Untuk Anak, Mudah & Cepat Dihasilkan!
RESEPI MEE GORENG BUNGKUS
Bahan-bahan A:
- Sekadar minyak bawang putih
- 3 ulas bawang putih ditumbuk
- 1 biji bawang merah sebesar syiling 50 sen yang ditumbuk
- 1 sudu kecil cili kisar/cili boh
Bahan-bahan B:
- Dua hirisan serbuk lada sulah
- 1/2 sudu kecil cuka masakan
- 1 sudu kecil kicap ikan
- 3 sudu besar kicap
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu besar bawang putih goreng
- 1 cubit kecil garam
Bahan-bahan C:
- Daging ayam
- Sotong
- Fishcake
- Fishball
- Mi kuning 400 gram
- Sawi
- Tauge
- Cili besar merah
- Tomato
- Cili padi Thailand merah & hijau
Cara penyediaan:
- Panaskan 2 sudu besar minyak bawang putih (boleh juga menggunakan minyak masak biasa jika tiada).
- Tumis bawang putih terlebih dahulu sehingga sedikit kekuningan, kemudian masukkan bawang merah. Tumis sehingga aroma keluar.
- Masukkan 1 sudu kecil cili boh atau cili kering yang dikisar. Kacau hingga rata.
- Seterusnya, masukkan bahan-bahan B iaitu serbuk lada sulah, cuka, kicap ikan, kicap, sos cili, sos tiram, minyak bijan, gula, bawang putih goreng, dan sedikit garam. Kacau hingga rata. Kuantiti boleh dirubah mengikut selera.
- Tambah lauk pilihan seperti daging ayam, sotong, fishcake, dan fishball. Jika mahu lebih sedap, boleh juga tambah daging lembu atau udang.
- Gaul semua bahan sehingga rata dan masak selama lebih kurang 3 minit.
- Setelah itu, tuangkan 200ml air dan biarkan lauk masak buat seketika.
- Masukkan mi kuning yang telah dilerai dan dibasuh di bawah air untuk menghilangkan rasa pahit kapur.
- Gaul mi sehingga merata. Untuk mendapatkan mi yang cantik, elakkan menggunakan sudip untuk ‘menikam’ atau memotongnya.
- Tutup kuali dengan penutup dan biarkan mi lembut selama 6-8 minit dengan api paling kecil. Balik-balikkan mi sekali-sekala agar tidak hangus.
- Setelah mi lembut, masukkan sawi dan cili besar merah. Kacau selama satu minit menggunakan api sederhana tinggi.
- Masukkan sawi dan cili dahulu. Balik-balikkan selama seminit. Gunakan api sederhana tinggi pada akhir proses masakan ini.
- Terakhir, masukkan taugeh dan tomato, kemudian terus tutup api. Jangan masak terlalu lama supaya sayur tidak layu dan kekal rangup.
- Untuk cara pembungkusan gaya klasik, sepatutnya hanya gunakan pelapik plastik di bawah surat khabar. Tidak perlu menggunakan kertas coklat tersebut.
- Letakkan potongan limau. Lagi klasik jika menggunakan limau nipis. Tambahan untuk mewangikan aroma mee goreng, tambahkan sedikit bawang putih goreng.
- Bungkus dengan cara ini seketika. Lebih kurang 10 minit.
- Setelah bungkusan dibuka, setiap suapan pasti tidak akan mengecewakan.
Sumber: Afy Al Habibi
Baca juga: Rahsia Membuat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tidak Cukup!