Resepi mee goreng yang ringkas ini sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin menyediakan sesuatu yang cepat dan mudah. Hanya menggunakan bahan-bahan asas yang biasanya ada di dapur.
Jika tiba-tiba ada tetamu datang tanpa peringatan, tidak menjadi isu. Mi goreng ini hanya memerlukan campak-campak dan sudah pun siap, tetapi rasanya tetap teramat sedap. Jom cuba masak!
Baca juga: Cara Buat Kuetiau Goreng Basah, Masak Sendiri Lebih ‘Kick’ Dari Kedai!
RESEPI MEE GORENG SIMPLE
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang merah (dihiris halus)
- 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 3 sudu besar cili kisar (boleh ditambah jika suka pedas)
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos tiram
- Kicap secukupnya (hingga warna kuah menjadi gelap)
- Lauk seafood (udang, isi kerang dan lain-lain)
- Air secukupnya
- 1 bungkusan mi kuning (400 gram)
- Sawi (dihiris)
- Tomato (dibelah)
- Cili besar (dihiris serong)
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan sedikit keperangan.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Jika inginkan lebih kepedasan, boleh tambah lagi cili kisar.
- Setelah minyak pecah, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
- Tambah kicap secukupnya sehingga warna kuah menjadi gelap.
- Masukkan lauk seafood yang ada seperti udang, sotong atau isi kerang.
- Jika ingin mi goreng yang berkuah atau sedikit basah, tambah air secukupnya. Biarkan kuah mendidih.
- Masukkan mi kuning (yang telah dibasuh 5–6 kali hingga bersih), bersama sayur sawi, tomato dan cili besar.
- Gaul rata sehingga semua bahan sebati dan mi masak dengan sempurna.
- Resipi ini tidak memerlukan tambahan gula dan garam kerana rasanya sudah memadai dengan sos-sos tersebut.
- Siap untuk dihidangkan dan selamat menjamu selera!
Sumber: Nor Farah Atika
Baca juga: Rahsia Goreng Bihun Agar Lembut Elok & Tak Hancur, Guna Jenama Apa Pun Tak Kisah!