Mee Hailam Istimewa: Resepi Lezat yang Buat Suami Terpukau dan Enggan Makan di Luar!


resepi mee hailam sedap

Kalau buntu nak masak apa untuk keluarga, cuba resepi Mee Hailam yang lazat ini. Dengan kuahnya yang pekat dan kaya dengan bahan, pasti akan menggugah selera keluarga anda.

Mee Hailam adalah sejenis hidangan mee berkuah yang terkenal di Malaysia dan Singapura, disukai ramai kerana kuahnya yang pekat, gelap, dan penuh rasa.

Resepi Mee Hailam yang dikongsi oleh Jessie Ooi di Facebook ini menggunakan bahan-bahan yang cukup memuaskan dan menjadikan kuahnya enak untuk disedut. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Mee Tarik Homemade, Buat Sendiri Namun Enak Seperti di Kedai

RESEPI MEE HAILAM SEDAP

resepi mee hailam sedap

Bahan-bahan:

  • ½kg mee kuning
  • ¼kg ayam dan daging (direbus)
  • 10 ekor udang (saiz mengikuti cita rasa sendiri)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 ikat sawi hijau
  • ½ batang lobak merah
  • 1 potong kubis
  • 1 bungkus baby corn (putik jagung muda)
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap

Cara-cara membuat:

1. Pertama sekali, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga masak sempurna dan mengeluarkan aroma harum.

2. Kemudian, masukkan cili boh dan kacau semua bahan hingga benar-benar masak. Jika tak masak cili, boleh mengganggu perut nanti.

3. Selepas itu, tambahkan udang, ayam dan daging yang telah direbus.

4. Seterusnya, tambah ajinomoto, gula dan garam (sukatan mengikut cita rasa).

resepi mee hailam sedap

5. Kemudian, masukkan semua sayur lobak merah, kubis, dan baby corn.

6. Seterusnya, masukkan mee, sos tomato dan sos cili.

7. Kemudian, campurkan tepung jagung dan kacau semua bahan hingga bercampur rata.

8. Setelah itu, tambahkan kicap mengikut selera (jangan melebihkan, nanti boleh menjadi masin).

9. Akhir sekali, gaul semula sehingga semua bahan sebati dengan mee. Siap!

Setelah selesai resepi Mee Hailam yang sedap ini, anda boleh menambah bahan hiasan seperti bawang goreng, limau nipis atau lain-lain. Menikmati pada waktu hujan, memang sangat memuaskan.

Selamat mencuba!

Sumber: Jessie Ooi

Baca juga: Resepi Mee Hailam Simple, Letak Bahan ‘Ini’ Terus Kuah Jadi Pekat Banjir!



Source link

Scroll to Top