Mee Sup Ala Siam: Makan Malam Pantas yang Menyelerakan!


resepi mee sup

Jika anda tidak tahu apa yang hendak dinikmati untuk dinner nanti, apa kata cubalah resipi mee sup ala siam yang mudah dan cepat disediakan ini.

Walaupun cara penyediaannya ringkas, rasanya memang menyengat dan menggugah selera. Makan sepinggan pun rasa tidak memadai!

Memang puas hirup sup yang hangat, lebih-lebih lagi apabila ditambah dengan sambal kicap dan perahan limau nipis.

Baca juga: Resipi Mi Goreng Bungkus Ala 90-An, Walaupun Warna Pucat Tapi Rasanya Luar Biasa!

RESEPI MEE SUP ALA SIAM

resepi mee sup

Bahan protein:

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Udang
  • Sotong
  • Daging (jika menggemari)

Bahan sayuran & tambahan:

  • Sawi
  • Lobak merah (carrot)
  • Tomato
  • Cili besar/cili padi (diiris)
  • 2-3 biji telur
  • Daun ketumbar (diiris untuk hiasan)
  • Mi kuning (dibilas dan ditos)

Bahan tumis & perasa:

  • 2-3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1-2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk atau dikisar)
  • 1-2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub ayam
  • Perahan air limau nipis
  • Garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih dalam sedikit minyak sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam, udang, sotong atau daging. Tumis sekejap, kemudian tambahkan air secukupnya. Masak hingga semua bahan protein lembut.
  3. Tambahkan lada hitam, sos ikan, sos tiram, kiub ayam dan perahan air limau. Kacau hingga rata dan perasakan mengikut selera.
  4. Masukkan sayur-sayuran seperti sawi, lobak merah, cili dan tomato.
  5. Masukkan mi kuning, kemudian pecahkan telur ke dalam sup (boleh dikacau ringan atau biarkan bersarang).
  6. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Tip sedap: Mahu lagi ‘kick’? Hidangkan bersama sambal kicap dan perahan limau nipis semasa makan. Dijamin tidak ingat dunia!

Sumber: Kaseh Aryssa

Baca juga: Lelaki Kongsikan Resipi Spageti Meatball Untuk Anak, Mudah & Cepat Dihasilkan!



Source link

Scroll to Top