Jika anda seorang pencinta hidangan seperti kari, gulai dan seumpamanya, daun kari adalah bahan yang tidak boleh diabaikan. Namun, adakah anda tahu bahawa terdapat tiga varieti pokok daun kari yang sering ditanam di Malaysia?
Setiap variasi memiliki aroma yang unik dan mampu memberikan impak besar pada rasa masakan. Jangan terkejut jika kari anda kurang ‘punch’, kerana mungkin anda tersilap memilih daun kari!
Jangan lupa baca: Nama Lain Bagi Gula Yang Ramai Tidak Tahu, Jangan Tertipu Dengan Label ‘Gula Percuma’
3 VARIETI POKOK DAUN KARI DI MALAYSIA, YANG MANA PALING HARUM?
1. Pokok Kari Urat Merah (Paling Harum)
Inilah jenis daun kari yang paling disukai oleh ibu-ibu, chef dan penggemar masakan tradisional. Ia dinamakan ‘urat merah’ kerana batang utama daun dan uratnya berwarna kemerahan. Jika anda menghidu aroma daun ini, pasti selera anda terangsang! Apabila ditumis bersama bawang dan rempah, baunya sangat kuat dan menggugah selera.
Ciri-ciri:
- Urat dan tangkai daun berwarna merah keunguan
- Daun bersaiz sederhana
- Aroma sangat wangi dan menyengat
Jika anda berhasrat untuk menanam pokok kari di kediaman, ini adalah pilihan yang paling disyorkan.
2. Jenis Daun Kecil (Harum)
Varieti ini juga wangi walaupun tidak sekuat daun urat merah. Pokok ini agak umum dijumpai dan mudah untuk dibesarkan. Daunnya kecil dan nipis, namun tetap sesuai untuk masakan harian.
Ciri-ciri:
- Daun kecil dan tersusun rapi
- Warna hijau konsisten
- Aroma sederhana tetapi masih memberikan rasa ‘kari’
Jika anda tidak menemui urat merah, pokok kari daun kecil ini masih merupakan pilihan yang ‘ok’ untuk digunakan.
3. Pokok Kari Daun Besar (Kurang harum)
Banyak yang menanam pokok kari jenis ini kerana pertumbuhannya yang pesat dan daunnya yang lebat. Namun, awas! Daunnya kurang beraroma, jadi jika digunakan dalam masakan, anda mungkin perlu menambah jumlahnya untuk mendapatkan rasa kari yang mantap.
Ciri-ciri:
- Daun lebar dan besar
- Tekstur daun agak tebal
- Bau sangat lembut
Jenis pokok ini lebih sesuai untuk hiasan atau penggunaan ringan, tetapi tidak digalakkan bagi masakan utama.
Sumber: Facebook Noora Sultan
Jangan lupa baca: Berhati-Hati! Ini Nama Lain Bagi Daging Babi Yang Ramai Tidak ‘Alert’