Anda tidak memerlukan banyak bahan untuk menciptakan mi goreng yang lezat dan menggoda. Dengan resipi ini, hanya bawang putih sahaja yang diperlukan untuk menumis.
Dengan langkah-langkah sederhana dan bahan yang minimal, mi goreng ini bukan sahaja mudah untuk disiapkan, tetapi juga pasti akan memuaskan selera anda. Mari lihat resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Cara Menghilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Ikuti Petua Ini Dijamin Berkesan!
RESEPI MI GORENG SEDAP
Bahan-bahan:
- 2-3 ulas bawang putih (diketuk)
- Cili kisar
- Sos cili dan sos 3 rasa (jenama Mahsuri)
- Ayam
- Udang
- Mi kuning
- Sawi
- Kicap mee
- Kiub ayam (jenama pilihan)
Cara-cara:
- Panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian tumis bawang putih dan cili kisar hingga beraroma wangi.
- Seterusnya, masukkan udang dan ayam. Gaul hingga rata dan masak sehingga berubah warna. (Tip: Untuk rasa lebih sedap, anda boleh menambah sotong!)
- Tambahkan sos cili, sos 3 rasa, dan kiub ayam. Kacau hingga semua bahan sebati dan biarkan seketika untuk perisa meresap.
- Masukkan mi kuning dan sedikit air panas. Gaul hingga mi lembut dan menyerap rasa.
- Terakhir, tambahkan sawi dan kicap mee. Kacau lagi sehingga semua bahan masak dengan sempurna dan mi berwarna cantik.
Tips:
- Untuk mengelakkan mi dari menjadi lembik, selepas hampir siap, tuangkan air panas, kacau sedikit dan matikan api.
Kredit resipi dan gambar: أم عقيل فوزيه يوسف
Baca juga: Resipi Mee Goreng Togel Ala Mak Cik Kantin Sekolah, Simple Tapi Sangat Sedap!