Terlalu sering, apabila perut sudah mulai berbunyi, namun idea untuk memasak tidak muncul. Apa kata mencuba resepi mee berkuah ini?
Resipi ini sangat sesuai jika perut mendadak lapar atau ketika hujan sejuk. Nikmati kuah panas-panas, memang mengasyikkan!
Yang menarik, bahan yang digunakan pun ringkas dan boleh mengambil apa saja lauk yang terdapat di dapur. Mari lihat cara penyediaannya di bawah.
Baca juga: Mihun Sup Daging Ada Petuanya, Wajib Masukkan Bahan Penting ‘Ini’ Semasa Masak
CARA BUAT MEE BERKUAH
Bahan-bahan (untuk 1-2 orang):
- Minyak untuk menumis
- 3 ulas bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 sudu besar cili kisar (ikut selera pedas yang diinginkan)
- Air secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
- 3 sudu besar sos tiram (Kimball)
- 2 sudu besar sos cili (Cap Jagung)
- 1 sudu besar sos tomato
- ½ kiub pati ayam
- Gula dan garam secukup rasa
- Daging/ayam/sotong/udang – ikut pilihan
- Fishball/fishcake – pilihan
- Sayur pilihan – seperti sawi, kobis, dan lain-lain
- 1 paket mi segera
- 1 biji telur
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak dan bau cili masak menghilang.
- Tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih. Pastikan cili masak sepenuhnya untuk mengelakkan kuah berbau tidak sedap.
- Masukkan 3 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tomato dan ½ kiub pati ayam. Gaul rata, kemudian tambahkan segelas air (anggaran – ikut kepekatan kuah yang diinginkan).
- Perasakan dengan garam dan gula sesuai selera.
- Apabila kuah mendidih, masukkan sumber protein seperti ayam, daging, sotong atau udang.
- Tambahkan fishball atau fishcake jika mahu.
- Setelah semua bahan masak, masukkan sayur pilihan.
- Seterusnya, masukkan mi segera dan pecahkan telur ke dalam kuah. Hindari mengacau telur terlalu kuat, biar ia masak dengan baik tanpa merosakkan kuah.
- Apabila mi segera sudah lembut, boleh matikan api.
Sumber: Nurhayati Nasir
Baca juga: Tips Rebus Mi Laksa Supaya Tahan Lama, Serius Tak Berlendir Langsung!