Kuih bom pisang ini tampak serupa dengan cekodok pisang, namun sesungguhnya berbeza. Konsistensi kuih ini garing di luar dan lembut di dalam seperti kek pisang.
Jika ada yang belum berkesempatan mencuba kuih bom pisang ini, mari buat sendiri di rumah dengan resipi dari Puan Lina Thomas di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Fluffy, Lemak Manis & Wangi! Gunakan Susu Cair Bukan Air Biasa
RESEPI KUIH BOM PISANG
Bahan-bahan:
- 6 biji pisang montel
- 6 sudu besar gula perang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar yis
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- Air secukupnya
Cara-cara:
- Hancurkan 6 biji pisang hingga lumat. Kemudian, masukkan gula perang dan garam. Kacau hingga semua bahan berpadu dengan baik.
- Seterusnya, tambahkan yis, baking soda, tepung gandum dan air secukupnya.
- Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair. Seperti adunan untuk membuat cekodok.
- Kacau hingga semua bahan sebati. Tutup mangkuk dengan kain dan biarkan selama 20 minit.
- Selepas 20 minit, kacau sekali lagi dan goreng di atas api sederhana besar.
- Sambil menggoreng, gunakan skimmer untuk memastikan kuih bom pisang berbentuk bulat dan masak secara merata.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Lina Thomas
Baca juga: Resipi Cekodok Manis Garing, Ini Rahsia Bentuk Bulat Cantik & Tidak Menyerap Minyak