Untuk anda yang gemar menggunakan bahan masakan dengan sentuhan sendiri di rumah, resipi Mee Kuning buatan sendiri ini patut dicuba kerana ia dihasilkan tanpa gluten.
Agak sukar untuk menemui Mee Kuning yang bebas gluten, iaitu yang dihasilkan tanpa tepung gandum. Selain itu, terdapat individu yang tidak dapat mencerna gluten dalam tubuh.
Anda boleh mencuba resepi Mee Kuning homemade yang dikongsikan oleh Asmr Dhia di Facebook. Kelebihan mee kuning ini adalah ia disediakan secara bebas gluten. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Sosej Ayam Homemade Mudah Dengan 5 Bahan, Lebih Sihat Dan Sedap!
RESEPI MEE KUNING HOMEMADE
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama sekali, campurkan tepung beras, tepung ubi kayu, tepung jagung, minyak kelapa, garam halus, serbuk kunyit dan telur.
2. Kemudian, gaulkan hingga sebati menggunakan tangan sehingga teksturnya menyerupai ‘breadcrumb’.
3. Seterusnya, tuangkan air panas dan gaul dengan spatula (mee tidak perlu lagi digaul dengan minyak bagi mengelak melekat).
4. Seterusnya, panaskan periuk berisi air yang telah dicampurkan dengan 1 sudu besar minyak masak sehingga benar-benar mendidih.
5. Setelah itu, boleh mula menekan adunan menggunakan piping bag.
6. Apabila sudah timbul, itu bermakna mee sudah masak. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk untuk menghentikan proses memasak.
Ketika menyediakan resepi mee kuning homemade ini, anda boleh menggunakan acuan maruku. Tambahan pula, anda juga boleh memanfaatkan mesin pasta atau noodle maker.
Resipi ini menghasilkan lebih kurang 130g mee, cukup untuk seorang. Jika anda ingin menyediakan lebih untuk keluarga di rumah, anda boleh menggandakan bahan yang diperlukan.
Jika anda menggunakan kuning telur gred A, kurangkan sedikit air panas. Walaupun dengan penggunaan penekan yang lebih murah, adunan akan lebih lembut dan mudah untuk ditekan.
Selamat bercuba!
Sumber: Asmr Dhia, Azalin
Baca juga: Resepi Pes Tomyam Homemade, Pekat Dan ‘Kaw’ Macam Dekat Kedai Thai