Resepi muffin coklat chip ini tidak memerlukan mixer atau blender, jadi memang sangat sesuai untuk ibu-ibu yang ingin menyiapkan pencuci mulut ringkas dan mudah untuk anak-anak.
Cukup gunakan whisk atau spatula untuk menggaul adunan. Namun, hasilnya tetap sedap, lembut dan gebu di bahagian dalam.
Muffin ini juga sarat dengan rasa coklat, berkat kombinasi serbuk koko dan lelehan coklat chip yang mencair ketika dibakar. Jom cubalah buat sendiri di rumah!
Baca juga: Resipi Kek Pisang Tanpa Telur, Teksturnya Tetap Moist & Tak Kering Language!
RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP
Bahan-bahan:
- 1 ¾ cawan tepung gandum
- ¼ cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 cawan gula pasir
- ½ sudu kecil garam
- 1 biji telur
- ⅓ cawan minyak masak
- 1 cawan air
- Coklat chip secukupnya
Cara-cara:
- Ayak bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
- Tambahkan gula dan garam ke dalam campuran tepung tersebut. Ketepikan.
- Sediakan bahan basah. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan air dan minyak masak. Kacau (whisk) hingga semua bahan sebati.
- Tuangkan bahan basah ke dalam komposisi kering. Kacau menggunakan sudu atau spatula sehingga adunan tercampur rata.
- Masukkan coklat chip mengikut kuantiti yang diingini, kemudian kacau kembali.
- Sudukan adunan ke dalam cup muffin. Taburkan coklat chip di bahagian atas mengikut cita rasa.
- Atur cup muffin di dalam loyang.
- Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 170°C (api atas dan bawah).
- Bakar muffin selama 20-25 minit atau sehingga masak. Masa mungkin berbeza bergantung kepada jenis oven.
- Resipi ini menghasilkan lebih kurang 27-28 biji muffin bersaiz kecil (S).
Sumber: Lyn Da II
Baca juga: Resipi Kek Kukus Guna 3 Bahan, Hasilnya Memang Lembut & Gebu!