Muffin Vanilla Mudah: Resipi Untuk Pemula Yang Pasti Jadi Gebu!


resepi muffin vanilla

Jika anda ingin belajar cara membuat kek di rumah, mulakan dengan resepi Muffin Vanilla. Ia bukan sahaja mudah, tetapi juga gebu dan lazat walaupun anda membuatnya untuk kali pertama.

Ramai yang tidak menyedari bahawa muffin merupakan sejenis roti mudah yang terbuat dari adunan bater (campuran tepung dan cecair) serta dihidangkan dalam saiz cawan secara individu.

Selalunya, Muffin memiliki rasa manis dan dinikmati tanpa krim atau jem. Namun, ia boleh dipelbagaikan dengan menambah pelbagai buah-buahan atau kekacang untuk menambahkan keistimewaan dan keenakannya.

Kak Sue SarangHae II telah berkongsi resepi Muffin Vanilla di Facebook yang sangat ringkas dan mudah, dengan hasil yang sungguh gebu. Ayo kita cuba!

Baca juga: Resepi Muffin Coklat Chip Sukatan Cawan, Gebu Montok Kejadiannya!

RESEPI MUFFIN VANILLA

resepi muffin vanilla

Bahan-bahan yang perlu diayak:

  • 1¼ tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain:

  • ½ susu penuh atau susu cair
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • ¼ minyak masak atau minyak jagung atau mentega (dicairkan)
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara untuk membuat:

1. Pertama sekali, ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam.

2. Selepas itu, campurkan adunan dengan susu penuh atau susu cair, gula, telur, esen vanilla dan minyak masak (jika tiada, anda boleh menggantikannya dengan minyak jagung atau mentega cair) hingga sebati.

3. Seterusnya, panaskan oven terlebih dahulu selama lebih kurang 20 minit.

resepi muffin vanilla

4. Sementara menunggu, masukkan adunan ke dalam papercup nombor 12, dan anda akan mendapatkan 12 biji sesuai untuk tray muffin (pastikan hanya mengisi separuh cup).

5. Kemudian, bakar pada suhu 180°C selama 25 hingga 30 minit. Siap untuk dinikmati!

Jika anda suka, tambahkan potongan buah-buahan atau kismis ke dalam resepi Muffin Vanilla ini. Yang paling penting, ia enak dinikmati bila-bila masa dan kami yakin keluarga anda juga akan menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Sue SarangHae II

Baca juga: Wanita Kongsikan Rahsia Menggunakan Acuan Muffin Untuk Membuat Kuih Akok Kedut, Hasilnya Memuaskan!



Source link

Scroll to Top