Ketika terdapat lebihan nasi, sajian pertama yang muncul dalam fikiran pastinya nasi goreng. Oleh itu, inilah saat yang ideal untuk menyediakan menu ringkas tetapi menggoda iaitu resepi Nasi Goreng Sosej!
Menu ini benar-benar menjadi penyelamat ketika ingin memasak dengan cepat, tidak mahu berfikir banyak, namun masih ingin menikmati hidangan yang lazat. Lebih-lebih lagi, ia sangat sesuai untuk anak-anak yang gemar akan sosej.
Resepi Nasi Goreng Sosej ini dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok iaitu cupcake_630 dan kaedahnya cukup mudah untuk diikuti. Jom kita cubakan!
Baca juga: Nasi Goreng Udang Kering Menggunakan Pes Buatan Sendiri, Aromanya Sampai Jiran Toleh Dua Kali!
RESEPI NASI GORENG SOSEJ
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Goreng sosej terlebih dahulu dalam sedikit minyak sehingga masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak yang sama (boleh tambah sedikit jika perlu), tumis bawang besar dan cili yang dihiris sehingga mengeluarkan aroma yang wangi dan sedikit garing.
3. Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuali. Biarkan seketika, kemudian kacau dan hancurkan bersama tumisan tadi.
4. Tambahkan sos tiram dan ½ kiub ayam. Gaul sehingga semua bahan menyerap rasa.
5. Masukkan nasi sejuk, kacau agar rata supaya nasi tidak berketul dan disaluti dengan perencah.
6. Akhir sekali, masukkan sosej yang telah dimasak sebelumnya. Gaul sehingga sekata dan goreng seketika sampai nasi kelihatan sedikit garing.
Kadang-kadang, makanan yang paling enak adalah yang paling sederhana. Cubalah hidangan Nasi Goreng Sosej ini untuk keluarga di rumah, pasti akan menjadi salah satu menu pilihan harian.
Selamat mencuba!
Sumber: cupcake_630
Baca juga: Petua Menyiapkan Nasi Goreng Lazat Seperti Di Kedai, Hasilnya Menjadi Berderai Indah!