Apabila menyebut tentang resepi nasi goreng tomyam, sudah pasti anda tergambar keenakan nasi putih yang digoreng dengan pes tomyam. Setelah anda menguasai kemahiran memasak, anda boleh mencubanya di rumah dan cara penyediaannya juga sangat mudah!
Lebih-lebih lagi, ia adalah salah satu menu popular yang menjadi pilihan ramai setiap kali berkunjung ke restoran masakan Thailand. Jadi, jangan ketinggalan untuk mencuba memasaknya sendiri di rumah!
Anda juga boleh mengganti ayam dan udang dengan hidangan lain yang lebih disukai, seperti daging. Jika mahu, anda juga boleh hanya menggunakan makanan laut.
Baca juga: Cara Buat Nasi Sugarbun, Resipi Asal Borneo Ini Enak & Pasti Menjadi Kegemaran Ramai!
RESEPI NASI GORENG TOMYAM
Bahan-bahan:
- Daging ayam
- Udang
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili padi
- Daun limau purut
- Pes tomyam
- Sos tiram
- Sos cili
- Kicap sotong
- Capsicum
- Lobak merah
- Daun ketumbar
- Sekadar sedikit kicap pekat
Cara memasak:
1. Kumpulkan semua bahan yang diperlukan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan daun limau purut.
3. Setelah keperangan dan terbit aroma yang harum, masukkan pes tomyam dan tumis seketika.
4. Kemudian, tambah sos tiram, sos cili, serta kicap sotong secukupnya. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan isi ayam dan udang, gaul hingga semua bahan masak.
6. Lanjutnya, tambahkan capsicum, lobak merah dan daun ketumbar.
7. Setelah itu, masukkan nasi putih yang sudah dimasak. Gaul hingga rata.
8. Tambah sedikit kicap pekat untuk memberikan warna gelap yang menarik.
9. Jangan lupa untuk menambah perasa mengikut kesukaan anda.
10. Pastikan semua bahan bercampur dengan baik sebelum mematikan api. Selamat mencuba!
Kredit resepi dan gambar: Film with FM melalui Facebook
Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Pandan Paling Mudah, Aroma Harum Satu Rumah!