Nasi Hujan Panas: Kelezatan Aromatik yang Menawan dan Lembut Memikat!


resepi nasi hujan panas

Jika anda ingin menyajikan santapan untuk tetamu atau sesekali ingin memasak sesuatu yang istimewa untuk keluarga di rumah, cuba resepi Nasi Hujan Panas yang wangi ini.

Hidangan ini dinamakan Nasi Hujan Panas kerana teksturnya yang berwarna-warni. Selain itu, terdapat juga yang menyebutnya nasi pelangi.

menerusi video yang dikongsi oleh ummisyahirah__ di TikTok, dia menunjukkan cara penyediaan resepi Nasi Hujan Panas yang dihasilkannya. Jom kita lakukan!

Baca juga: Resepi Nasi Ayam Claypot, Cara Masak Atas Dapur Ini Lebih Praktikal Dan Sedap

RESEPI NASI HUJAN PANAS

resepi nasi hujan panas

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Minyak sapi
  • 4 sekawan
  • Daun pandan (ikat)
  • Susu cair
  • Kiub pati ayam
  • Secubit garam dan gula
  • Air mencukupi
  • Pewarna merah, kuning dan hijau

Sukatan beras basmathi:

  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair

Bahan kisar:

Cara-cara memasak:

1. Pertama sekali, rendam beras selama setengah jam jika menggunakan beras basmathi, jika menggunakan beras biasa tidak perlu direndam.

2. Selepas itu, panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar bersama 4 sekawan.

3. Kemudian, masukkan daun pandan untuk meningkatkan aroma tumisan dan tumis sehingga menjadi wangi.

4. Seterusnya, masukkan 1 cawan susu menggunakan cawan sukatan nasi dan kuib pati ayam.

5. Tambah sedikit garam dan gula untuk menyelaraskan rasa, kerana kiub pati ayam telah ditambah, kacau sehingga mendidih dan menjadi pekat.

6. Setelah tumisan sudah pekat, masukkan ke dalam beras yang telah dibersihkan tadi.

7. Tambahkan air mencukupi dan masak nasi seperti biasa.

resepi nasi hujan panas

8. Setelah nasi masak, buat beberapa lubang dan letakkan pewarna merah, kuning, hijau dan tutup periuk selama 10 minit.

9. Akhirnya, boleh leraikan nasi menggunakan garfu atau penyepit (jangan leraikan terlalu kuat supaya nasi tidak hancur). Hidangan siap untuk dinikmati!

Resepi Nasi Hujan Panas yang harum dan lembut terlerai ini amat sesuai dihidangkan bersama acar mentah dan ayam masak merah yang enak.

Selamat mencuba!

Sumber: ummisyahirah__

Baca juga: Cara Buat Nasi Ayam Hainan, Terdapat Tips Menarik Supaya Sedap Beraroma!





Source link

Scroll to Top