Nasi Lemak Eksklusif Malaysia: 7 Varian yang Anda Harus Rasai Sekali dalam Hidup!


jenis nasi lemak

Nasi lemak bukan hanya sarapan kesukaan rakyat Malaysia, tetapi juga boleh dinikmati pada bila-bila masa. Selain daripada versi tradisional, ada jenis nasi lemak lain yang wajib anda rasai sekali seumur hidup.

Dari yang klasik hingga yang berwarna-warni, pelbagai variasi nasi lemak kini semakin diterima oleh peminat hidangan tempatan. Jadi, yang mana satu menjadi pilihan anda? Jom kita lihat senarainya!

Baca juga: Dari Beras Hingga Ke Sambal, Ini Panduan & Tips Lengkap Menyediakan Nasi Lemak yang Sedap!

5 JENIS NASI LEMAK YANG POPULAR DI MALAYSIA

1. NASI LEMAK BIASA ATAU BERLAUK.

jenis nasi lemak

Kredit gambar: freepik dari Freepik

Inilah nasi lemak paling tradisional dan ikonik di Malaysia. Nasi dimasak dengan santan dan daun pandan serta dihidangkan bersama sambal, telur rebus, kacang tanah, ikan bilis, dan timun.

Tambahan pula, nasi lemak juga boleh disertakan dengan lauk seperti sambal sotong, ayam goreng berempah, paru, rendang atau sambal kerang menjadikannya lebih mengenyangkan.

2. NASI LEMAK PANDAN.

jenis nasi lemak

Kredit gambar: Facebook Zulkifli Mat

Bukan hanya harum, tetapi warna hijau alami daripada jus daun pandan membuatkan nasi lemak ini menarik perhatian. Lazimnya, ia mempunyai rasa yang lembut dan sedikit manis.

Nasi lemak ini sering menjadi pilihan bagi mereka yang menyukai hidangan yang lebih harum dan estetik, jadi ia sesuai dipadankan dengan sambal dan lauk ringkas seperti ayam goreng.

3. NASI LEMAK STRAWBERRY.

jenis nasi lemak

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Maleq

Apabila anda bercuti ke Cameron Highlands, tidak boleh terlepas untuk mencuba nasi lemak ini. Ia dimasak dengan puri atau ekstrak strawberry asli, memberikan rona merah jambu lembut dan aroma buah yang istimewa.

Kedengaran agak aneh, tetapi gabungan rasa manis buah dan sambal pedas menghasilkan pengalaman rasa yang menarik. Oleh sebab itu, ramai yang menggelarkannya sebagai nasi lemak viral yang perlu dicuba.

4. NASI LEMAK KUNING.

jenis nasi lemak

Kredit gambar: Facebook Ninie Zaini

Keistimewaan nasi lemak ini terletak pada warna kuning yang dihasilkan daripada kunyit atau serbuk kari. Siapa sangka, ia sangat terkenal di kawasan utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis.

Jika ditanya tentang rasanya, sedikit berbeza dengan nasi lemak biasa kerana memiliki rasa rempah yang lebih tajam. Dinikmati dengan ayam masak merah, pasti memuaskan.

5. NASI LEMAK BUNGA TELANG.

Kredit gambar: Facebook Nizam Ali

Dikenali dengan warna biru keunguan yang menawan, nasi lemak ini menggunakan pewarna alami dari bunga telang. Ia bukan sahaja menarik, tetapi sering dikaitkan dengan kebaikan untuk kesihatan.

Rakyat Malaysia memang inovatif dalam hal makanan, dari resipi tradisional hingga inovasi terkini, jadi tidak mengejutkan bahawa nasi lemak terus berkembang tanpa mengorbankan identiti asalnya.

Dari bulan Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best untuk menonjolkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengulas.

Cadangkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang akan diangkat sebagai juara nasi lemak pilihan rakyat.

Jangan lupa juga untuk hadir ke acara puncak pada 25 September 2025 dan menjadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mamanurin

Baca juga: 10 Pilihan Sambal Yang Orang Malaysia Suka Makan Dengan Nasi Lemak, Semuanya Sedap Belaka!



Source link

Scroll to Top