Di bawah sinaran matahari yang terik, seorang mak cik tampak duduk di atas bangku kayu, setia menanti kedatangan pelanggan untuk membeli nasi lemak yang dijualnya. Setiap hari beliau tetap berusaha menjual nasi lemak walaupun tidak ramai yang datang membeli.
Mak cik ini telah lama menceburi bidang penjualan nasi lemak sebagai sumber pendapatan sehariannya. Bukan niat beliau untuk mengumpul harta, tetapi hanya untuk memperoleh rezeki yang cukup bagi meneruskan kehidupannya setiap hari.
Menurut satu perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, kebelakangan ini, jualan nasi lemak mak cik ini semakin berkurangan. Ada kalanya nasi lemaknya habis terjual, namun ada juga hari di mana tiada pelanggan yang singgah untuk membeli.
Baca juga: “Along Dah Tak Ada” – Bapa Ceritakan Kisah Pilu Anak Menghembuskan Nafas Terakhir Selepas Minum Air Tin Tak Basuh
MAK CIK MENJUAL NASI LEMAK RM1.50 MEMBUAT KITA SEBAK, SETIA MENUNGGU PELANGGAN DI BAWAH PANAS TERIK
Walaupun ringkas, sambal dan gulai udangnya dianggap sangat lazat. Sepinggan nasi lemak yang dijual hanya pada harga RM1.50, cukup berpatutan untuk zaman kini.
Ada kalanya pelanggan datang ramai, ada kalanya pula tiada seorang pun yang berhenti. Namun, beliau tetap berusaha, meski terpaksa berpanas dan bangun awal pagi untuk memasak.
Ketekunan beliau mengingatkan ramai akan jasa serta pengorbanan seorang ibu. Beberapa orang terharu kerana teringat wajah arwah ibu sendiri setiap kali melihat mak cik ini berjuang meskipun usianya sudah lanjut.
Bagi sesiapa yang ingin memberikan sokongan, boleh singgah ke gerai kecil ini di:
- Simpang Tiga Ara Kuda (bersebelahan tanah perkuburan masjid Aceh Ara Kuda)
Walaupun sekadar membeli sebungkus nasi lemak, itu amat berarti bagi beliau. Nilai sebenar terletak bukan pada harga, tetapi pada sokongan kita terhadap usaha seorang insan tua yang mencari rezeki yang halal.
Sumber: TikTok @_kakpinat
Baca juga: Akibat Telan Nuggets Kerana Tercekik Tulang Ikan, Mengakibatkan Kehilangan Nyawa Lelaki Ini