Siapa yang tidak menyukai nasi lemak, bukan? Hidangan ikonik ini bukan sahaja menjadi sarapan pilihan utama rakyat Malaysia, tetapi juga telah menjadi simbol kecintaan kita terhadap rasa tempatan. Oleh itu, MyResipi melancarkan kempen “Makan Sini Best” untuk mencari dan merayakan gerai nasi lemak yang paling hebat di Lembah Klang… dengan sokongan ANDA!
Kempen ini berjalan dari Ogos hingga September 2025, dan akan mengandungi pencalonan awam, undian terbuka, serta satu acara penganugerahan istimewa yang dirancang pada 25 September 2025.
Apa Itu “Makan Sini Best”?
Kempen ini diwujudkan untuk memberi penghargaan kepada pengusaha makanan tempatan yang merupakan asas kepada hidangan ikonik negara, sambil mengangkat keunikan citarasa tempatan yang sering diwarisi dari generasi ke generasi.
“Melalui ‘Makan Sini Best’, kami ingin memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memilih dengan sendiri nasi lemak kesukaan mereka. Kami percaya suara komuniti adalah yang paling autentik,” ujar Muhamad Shaifullah Tayep, Penulis Kanan Kandungan Berjenama di REV Media Group.
Tiga Fasa Penyertaan
Kempen ini terbuka kepada orang ramai dan berlangsung dalam tiga fasa utama:
1. Fasa Pencalonan (9 – 23 Ogos 2025)
Pengguna boleh mencalonkan gerai atau restoran nasi lemak pilihan mereka melalui komen di hantaran media sosial rasmi Facebook, Instagram dan TikTok MyResipi.
Maklumat yang diperlukan: Nama gerai, lokasi dan sebab pencalonan.
2. Fasa Undian (10 – 22 September 2025)
Lima calon dengan pencalonan tertinggi akan disenaraikan. Orang ramai boleh mengundi pemenang melalui laman mikro khas www.myresipi.com/makansinibest
3. Pengumuman Pemenang (25 September 2025)
Sebuah acara mini akan diadakan untuk merayakan penjual yang diisytiharkan sebagai “Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang”. Pemenang akan menerima plak penghargaan rasmi daripada MyResipi, produk tajaan Le Nona, serta liputan istimewa di platform MyResipi.
Hadiah Menarik Menanti
Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan yang ditunjukkan oleh komuniti MyResipi yang sentiasa aktif dan bersemangat dalam meraikan masakan tempatan, pelbagai peraduan dan hadiah eksklusif akan diperkenalkan sepanjang tempoh kempen Makan Sini Best. Kempen ini bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memilih nasi lemak pilihan mereka, tetapi juga memberi kesempatan untuk memenangi…
hadiah menarik tajaan Le Nona.
Sepanjang tempoh pencalonan, orang ramai dapat mengambil bahagian dalam Peraduan Foto Nasi Lemak Paling Kreatif yang berlangsung di Facebook MyResipi. Pemenang akan pulang dengan sebuah Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L, sebagai penghargaan untuk kreativiti mereka dalam merakam saat menikmati nasi lemak.
Bukan itu sahaja, dua penyertaan dengan komen paling meyakinkan mengenai mengapa mereka dan seorang rakan patut diraikan di gerai pemenang akan dipilih. Mereka berpeluang membawa pulang hadiah istimewa iaitu Le Nona Jumbo Rose Wok Set dan Le Nona Jumbo Rose Wok Set (Scarlet Edition). Lebih menarik, mereka juga akan diraikan di gerai nasi lemak yang dinobatkan sebagai pemenang utama kempen.
Keceriaan berterusan di acara kemuncak pada 25 September 2025, di mana 100 pengunjung pertama berpeluang menikmati nasi lemak percuma, serta menerima produk tajaan daripada jenama-jenama terkenal seperti Ayam Brand, Sunshine Bakeries Malaysia dan ZUS Coffee.
Lebih mengujakan, para pengunjung ini juga akan mempunyai peluang untuk menyertai cabutan bertuah bagi memenangi satu lagi Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L dalam acara istimewa tersebut.
Kempen ini bukan sekadar meraikan nasi lemak sebagai makanan kebangsaan, tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk menyatukan komuniti, jenama tempatan, dan pengusaha kecil dalam semangat yang penuh kebanggaan dan kekitaan.
Laman Mikro Khas
Semua maklumat berkaitan kempen, termasuk senarai calon, borang undian, video di sebalik tabir, serta artikel berkaitan boleh diakses melalui www.myresipi.com/makansinibest
“Kempen ini adalah platform yang membolehkan kita mengetengahkan ‘wira-wira’ tempatan yang memajukan industri makanan dari akar umbi, sambil mengeratkan hubungan antara jenama, pengguna, dan komuniti,” tambah Shaifullah.
Untuk berita terkini, ikuti @myresipi di Instagram dan Facebook.