Nasi Sugarbun: Resipi Borneo yang Memikat Selera dan Penuh Cita Rasa!


nasi sugarbun

Siapa yang pernah menikmati hidangan di Sugarbun pasti mengetahui betapa lezatnya Nasi Sugarbun yang terkenal dengan kelembutan nasi dan cita rasa yang menggoda.

Terkadang, rasa tidak memadai dan hasrat untuk menambah lagi kerana memang tidak puas menikmatinya!

Oleh itu, kali ini MyResipi ingin berkongsi resipi Nasi Sugarbun versi buatan sendiri yang ringkas dan pasti akan memenuhi selera anda.

Baca juga: Nasi Goreng Orang Dulu-Dulu, Resipi Legenda Ini Memang Sedap Lain Daripada Yang Lain

RESIPI NASI SUGARBUN

nasi sugarbun

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5 batang sosej, dipotong kotak
  • 3 sudu besar Planta
  • 3 cawan beras, dibasuh
  • Daun pandan
  • Kismis (mengikut selera)
  • Garam
  • 1 kubus ayam
  • Serbuk kunyit
  • 1 sudu besar Planta (untuk tambahan)

Cara penyediaan:

  1. Tumis sosej dan 3 sudu Planta hingga garing.
  2. Masukkan beras yang telah dibasuh, tumis lagi selama 2 minit. Matikan api.
  3. Pindahkan semuanya ke dalam periuk nasi. Tambahkan daun pandan, garam, serbuk kunyit, kubus ayam, kismis dan 1 sudu Planta.
  4. Tambahkan air secukupnya (gunakan sukatan jari seperti biasa).
  5. Tekan periuk nasi dan biarkan ia memasak.
  6. Setelah masak, gaulkan nasi supaya sebati dan biarkan sejuk sedikit untuk mengeringkan nasi.

Siap! Sedia untuk dinikmati bersama ayam goreng dan acar timun. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Azie Nur’Auni Shbini

Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Pandan Paling Mudah, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!



Sumber pautan

Scroll to Top