Dalam menyambut bulan Ramadan yang suci ini, kami ingin berkongsi salah satu Resipi Campak-Campak yang menarik dan unik dari MyResipi, iaitu resipi Bihun Goreng Singapore.
Jika anda tidak bersemangat untuk menikmati nasi tetapi memerlukan inspirasi untuk hidangan sahur, pastikan untuk mencuba Bihun Goreng Singapore ini kerana ia memang mudah dan lazat hasilnya. Mari kita cuba!
Baca juga: Mee Goreng Tomyam Versi Campak-Campak, Sesuai untuk Sahur
RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, rendam bihun terlebih dahulu.
2. Sambil itu, tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit aroma.
3. Selepas itu, masukkan ayam yang telah dipotong dadu dan kacau sehingga ayam masak sepenuhnya.
4. Tambahkan serbuk lada hitam dan sebiji telur, kemudian kacau hingga berketul cantik.
5. Kemudian, masukkan mix vegetable (jika tidak suka, boleh menggantikannya dengan sayur lain) dan sos tiram.
6. Kacau hingga merata dan jika tampak kering, boleh masukkan sedikit air.
7. Selepas itu, masukkan bihun yang telah direndam dan kacau sehingga sebati.
8. Setelah semuanya menyatu, hiaskan dengan hirisan cili, daun bawang, atau limau nipis mengikut selera masing-masing. Sedia untuk dinikmati!
Resipi Bihun Goreng Singapore sangat ideal dijadikan sebagai hidangan sahur untuk seisi keluarga. Walaupun tiada biji lada hitam, anda masih boleh menggunakan serbuk lada hitam untuk memasak.
Video penuh:
@myresipi Resipi Campak Sahur 8 | Bihun Goreng Singapore Bahan: 1 genggam bihun (rendam) 1 sudu sos tiram 1 ulas bawang putih (hiris) 1 biji bawang merah (hiris) 1 ketul ayam dada (potong dadu) 1 biji telur 1 sudu mix vege #MyResipi #ResipiCampakCampak #IndahkanMemori #Ramadan2025 #menusahur #bihungorengsingapore#masukberanda #fypシ゚ #foodtok ♬ original sound – MyResipi
Selamat mencuba!
Sumber: MyResipi
Baca juga: Nasi Ayam Sedap Simple, Cara Masak Mudah Namun Hasil Pasti Memuaskan