Ketika berkunjung ke negara asing, satu daripada cabaran utama bagi pelancong yang beragama Islam ialah mencari makanan halal, khususnya makanan segera (kedai fast food).
Mujurlah, semakin banyak rangkaian makanan segera sekarang menawarkan pilihan menu yang diperakui halal, terutamanya di kawasan dengan populasi Muslim yang besar.
Baca juga: My Resipi, Sirap Limau, VOCKET & Waktu Solat Malaysia Melancarkan Kempen ‘Halal Travel’
SENARAI KEDAI FAST FOOD YANG HALAL DI LUAR NEGARA
Inilah senarai rangkaian makanan segera halal yang terkenal dan boleh dinikmati dengan yakin di pelbagai negara:
1. The Halal Guys
Dimulakan sebagai gerai kecil di jalanan New York, The Halal Guys kini telah berkembang ke seluruh dunia. Menu utama mereka terdiri daripada ayam dan daging gyro yang disajikan dengan nasi, roti pita, dan sos putih yang terkenal. Semua menu mereka disahkan halal dan sangat digemari oleh penduduk setempat dan pengunjung.
Berikut adalah senarai negara di luar Amerika Syarikat yang mempunyai cawangan The Halal Guys:
- North Indian
- Earls Court, London
- Seoul, Korea Selatan
- Abu Dhabi, UAE
- Doha, Qatar
2. AlBaik

Kredit gambar: Caterer Middle East
Albaik terkenal dengan ayam goreng dengan rasa istimewa dan sos bawang putih yang unik. Ia menjadi pilihan utama ramai di Arab Saudi dan kini mula berkembang ke negara lain termasuk UAE dan Bahrain. Semua cawangannya menyajikan makanan 100% halal.
3. German Doner Kebab (GDK)
German Doner Kebab (GDK) merupakan rangkaian restoran makanan segera yang mengusung konsep “fast casual”, terkenal dengan kebab gaya Jerman yang modern dan berkualiti tinggi.
Ditubuhkan di Dubai pada tahun 2013, GDK kini beribu pejabat di Glasgow, Scotland dan dimiliki oleh Hero
Brands sejak 2017.
GDK mengkhususkan dalam kebab yang menggunakan roti waffle yang dipanggang, daging ayam dan lembu yang diimport dari Jerman, serta sos khas yang memberikan rasa yang tiada tandingan. Semua bahan yang digunakan adalah halal, menjadi pilihan yang sangat digemari di kalangan pelanggan Muslim di seluruh pelusuk dunia.
Hingga tahun 2024, German Doner Kebab telah berkembang ke pelbagai negara di seluruh dunia seperti:
- United Kingdom
- United Arab Emirates
- Sweden
- Kanada
- Amerika Syarikat
- Arab Saudi
- Qatar
- Ireland
4. Kedai Fast Food Halal (Chicking)
Ditubuhkan di Dubai, Chicking kini mempunyai cawangan di lebih daripada 30 negara termasuk India, UK, Indonesia, dan Malaysia. Ayam gorengnya yang garing dan menu berunsurkan Timur Tengah menjadikannya kegemaran ramai.
5. Kedai Fast Food Halal (Dixy Chicken)
Ditubuhkan pada tahun 1986, Dixy Chicken merupakan antara rangkaian makanan segera halal yang paling lama bertahan di UK. Mereka menawarkan pelbagai jenis burger ayam, ayam goreng, dan hidangan ala barat, semuanya halal.
6. Chicken Cottage
Chicken Cottage menyajikan hidangan ayam goreng, burger serta kebab dengan pelbagai rempah dan gaya. Semua daging yang digunakan adalah disahkan halal. Cawangan mereka terdapat di UK dan beberapa negara luar lain.
7. Kedai Fast Food Halal (G La Dalle)

Kredit gambar: Mon Resto Halal
Rangkaian ini sangat digemari dalam kalangan komuniti Muslim di Perancis. G La Dalle menyajikan burger, ayam goreng, dan kentang goreng dengan gaya Amerika, semuanya halal. Reka bentuk kedai mereka yang moden juga menarik perhatian golongan muda.
8. Elevation Burger
Elevation Burger terkenal kerana menggunakan daging organik dan 100% halal di beberapa lokasi mereka, terutama di negara-negara Teluk Arab seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar, Oman dan Bahrain.
Mereka menyajikan burger yang lebih berkhasiat berbanding jenama makanan segera biasa.
9. KFC
KFC menawarkan pilihan ayam goreng halal di beberapa negara termasuk UK, Malaysia, UAE dan Indonesia. Namun, adalah penting untuk memeriksa status halal setiap lokasi kerana ia berbeza di setiap kawasan.
10. Burger King

Kredit gambar: Tripadvisor
Seperti KFC, Burger King juga menyediakan menu halal di negara-negara tertentu. Contohnya, di UK, terdapat lokasi yang menggunakan daging yang disahkan halal. Pastikan untuk memeriksa dengan cawangan sebelum mengunjungi.
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia meluncurkan Halal Travel, sebuah kempen yang direka khas untuk menemani pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, aman dan penuh keyakinan.
Ini adalah inisiatif menyeluruh yang menawarkan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tips perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Jelajahi www.myresipi.com/halaltravelmy untuk informasi lebih lanjut.
Sumber: Wikipedia, German Doner Kebab, Verdict Foodservice, The Halal Guys Official
Baca juga: Ingin Travel Bajet? Ini 7 Trik Menemukan Makanan Halal & Murah Di Negara Orang!