Ketika bepergian ke luar negara, pastinya ingin menikmati hidangan halal dan sihat. Oleh itu, dapat membawa makanan sunnah serta superfood halal agar tubuh sentiasa bertenaga dalam perjalanan.
Makanan sunnah sangat relevan di zaman sekarang kerana ia mudah, penuh khasiat dan praktikal untuk dibawa. Tambahan lagi, dengan menambahkan superfood halal yang berkhasiat, ia menjadi kombinasi terbaik untuk pengembara Muslim di luar negara.
Berikut adalah beberapa pilihan makanan sunnah dan superfood halal yang amat bermanfaat untuk dibawa semasa perjalanan. Selain sihat, makanan ini mudah untuk disimpan dalam beg tangan atau backpack.
Baca juga: Resipi Smoothie & Sarapan Sihat Waktu Travel, Mudah & Kenyang Lama!
10 MAKANAN SUNNAH & SUPERFOOD HALAL YANG SESUAI DIBAWA SEMASA TRAVEL
1. Kurma.

Kredit gambar: stockking dari Freepik
Kurma tinggi dengan tenaga, memuaskan dan baik untuk sistem pencernaan. Sesuai dinikmati di waktu pagi atau sebagai snek bila lapar dalam perjalanan.
2. Madu.
Madu membantu memperkuat sistem imun badan, baik untuk kerongkong dan boleh digunakan sebagai pemanis semula jadi dalam teh atau oatmeal. Mudah dibawa dalam botol kecil atau sachet.
3. Kismis.
Kismis atau buah-buahan kering seperti tin, aprikot dan prune mudah dibawa dan memberikan tenaga segera. Ideal untuk mengekalkan aktiviti sepanjang hari semasa perjalanan.
4. Minyak Zaitun.
Minyak zaitun menyokong kesihatan jantung dan meningkatkan tenaga. Boleh dibeli dalam pek mini atau botol saiz perjalanan, titiskan sedikit dalam salad atau menikmati bersama roti.
5. Habbatus Sauda’.

Kredit gambar: KamranAydinov dari Freepik
Sama ada dalam bentuk kapsul atau biji, ia mudah dibawa dan membantu memperkuat sistem pertahanan tubuh. Dua biji sudah cukup sebagai rutin harian ketika menjelajah.
6. Kacang Dan Biji-bijian Campur.
Kacang dan biji-bijian campur seperti badam, pistachio dan biji chia kaya dengan protein, serat dan lemak sihat. Pilihan yang tepat untuk snek berkhasiat semasa menunggu penerbangan.
7. Granola bar atau
Bar protein (bersijil halal).

Kredit gambar: freepik dari Freepik
Bar granola atau bar protein dapat berfungsi sebagai pengganti sarapan yang cepat dan kaya dengan nutrisi. Pilihlah bar yang rendah kandungan gula, kaya serat, serta menggunakan bahan alami.
8. Oat segera.
Banyak yang suka membawa ini semasa pengembaraan kerana ia mudah disiapkan cuma dengan menambah air panas, sudah boleh dinikmati. Untuk lebih kreatif dan menarik, boleh tambahkan kismis atau madu.
9. Coklat gelap (dark chocolate).
Bagi penggemar coklat, coklat gelap pasti harus dimasukkan dalam senarai anda. Selain memberi tenaga, ia juga dapat meningkatkan suasana hati semasa pengembaraan agar lebih menyeronokkan.
10. Serbuk minuman superfood (matcha, moringa, spirulina).
Kini serbuk minuman superfood seperti matcha, moringa, dan spirulina tersedia dalam bentuk sachet yang mudah dibawa. Ini ideal untuk menyegarkan tubuh semasa pengembaraan.
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka spesifik untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat, dan penuh keyakinan.
Inisiatif ini menawarkan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tips perjalanan & keselamatan, serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Kredit gambar muka depan: stockking, azerbaijan_stockers & rawpixel.com dari Freepik
Sumber: wellnessgoldratio.com
Baca juga: Makan Halal & ‘Eat Clean’, Ini Tips Supaya Badan Rasa Ringan & Bertenaga Semasa Travel!