Jika anda sedang mencari resipi pancake mudah, ini adalah resepi yang pastinya berhasil dan tidak memerlukan langkah yang rumit. Cukup hanya perlu gaul semua bahan dan terus boleh dimasak.
Pancake ini memang disukai ramai kerana boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa. Makan kosong pun sudah enak, tambah lagi jika digabungkan dengan topping seperti madu, sirap maple, coklat cair, atau potongan buah segar.
Lebih menarik, resepi pancake ini tidak memerlukan banyak bahan. Hanya menggunakan bahan asas yang kebiasaannya terdapat di dapur. Jadi apabila teringin, anda boleh terus mencuba. Mari kita cuba!
Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Rangup & Tak Berminyak, Rahsianya Kena Guna Tepung ‘Ini!
RESEPI PANCAKE MUDAH TETAPI ENAK DAN GEBU
Bahan-bahan:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 2 ½ sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- 1 sudu besar gula
- 1 ¼ cawan susu
- 1 biji telur
- 3 sudu besar mentega cair/minyak
- 2 sudu teh esen vanila
Cara-cara:
- Gabungkan semua bahan basah dalam mangkuk. Setelah itu, ayak bahan kering dan masukkan sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan hingga rata. Tidak mengapa jika adunan masih ada ketul sedikit, jangan risau.
- Panaskan kuali leper dengan api sederhana, sapukan sedikit mentega atau minyak. Tuangkan kira-kira ¼ cawan adunan. Apabila buih muncul dan tepi kelihatan kering (dalam 2 minit), terbalikkan dan masak lagi selama 1 minit.
- Angkat dan sajikan. Letakkan topping mengikut cita rasa. Madu, coklat, pisang, atau apa sahaja yang anda suka.
Tip: Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit susu hingga tekstur menjadi sesuai.
Sumber: Khumeroh Mamanya Izamfirman
Baca juga: Resipi Kuih Sagu Gula Melaka Purple, Manisan Mudah Tapi Nampak Menarik & Istimewa!