Kek Pandan Ogura merupakan kek yang lembut, ringan dan gebu seperti span. Walaupun kelihatan mewah, sebenarnya resipi ini sangat mudah untuk disediakan.
Perpaduan aroma pandan dan rasa manis lemak daripada santan atau susu menjadikan kek ini agak istimewa. Rasanya tidak enak berlebihan dan sangat sesuai sebagai pencuci mulut, minuman petang atau sebagai hadiah jika ada majlis.
Menariknya, kek ini tidak memerlukan banyak bahan yang rumit. Teknik pembuatan hanya memerlukan sedikit kesabaran, terutama semasa memukul putih telur dan membakar menggunakan kaedah bain-marie (loyang berisi air). Namun, hasilnya memang memuaskan, jom cuba!
Baca juga: Resipi Kek Tiramisu Rasa Berlemak & Penuh Aroma Kopi, Buat Sendiri Dapat Banyak Bekas!
RESEPI KEK PANDAN OGURA
Bahan A:
- 5 biji kuning telur gred A
- 1 biji telur gred A
- 65g minyak jagung
- 1/4 sk garam
- 80ml santan pekat
- 1 sk pes pandan
Bahan B:
- 65g tepung superfine (diayak)
Bahan C:
- 5 biji putih telur
- 80g gula kastor
- 1/4 sk cream of tartar
Cara penyediaan:
- Panaskan oven pada suhu 170°C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci, gris dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
- Campurkan semua bahan A dalam mangkuk. Pukul hingga berbuih dan mengembang. Masukkan bahan B, pukul lagi hingga semua bahan tercampur. Ketepikan.
- Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur dari bahan C sehingga berbuih. Masukkan cream of tartar, pukul lagi.
- Seterusnya, masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga adunan putih telur mengembang dan bila diterbalikkan, tidak jatuh.
- Masukkan 1/2 adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur (langkah 2) dan kaup balikkan. Kemudian, masukkan baki adunan putih telur dan kaup balikkan hingga sebat.
- Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan dan bakar selama 45 minit pada suhu 170°C dengan kaedah steambath. Keluarkan kek dari acuan setelah masak. Sejukkan sepenuhnya di atas rak wire.
Sumber: Norlinah Bmj
Baca juga: Resipi Kek Kukus Guna 3 Bahan, Hasilnya Memang Lembut & Gebu!