Setiap kali berbelanja di pasar, memiliki senarai barang dapur adalah sangat penting. Namun, cara memilih bahan-bahan tersebut juga mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya
Para ibu dahulu memiliki pelbagai tip dan teknik tersendiri dalam pemilihan bahan mentah yang segar dan tahan lama. Mari kami dedahkan rahsia mereka dalam memilih barang dapur yang bukan sahaja berkualiti, tetapi juga berbaloi untuk dibeli.
Baca juga: Nama Lain Untuk GULA Yang Ramai Tidak Tahu, Jangan Terpedaya Dengan Label ‘Free Sugar’
SENARAI BARANG DAPUR YANG PERLU DIPILIH DENGAN TELITI
1. Udang
Sebelum membeli udang, lihatlah bentuknya terlebih dahulu. Jika udang kelihatan lurus, itu menandakan ia sudah tidak segar dan dagingnya lembik serta kurang kenyal. Sebaiknya, pilihlah udang yang melengkung kerana ia menunjukkan kesegaran yang lebih dan tekstur yang kenyal.
2. Bawang putih
Jauhi daripada membeli bawang putih yang kulitnya terlalu terbuka. Kulit yang longgar mencerminkan bawang tersebut mudah rosak dan tidak tahan lama. Pilihlah bawang putih dengan kulit yang tertutup rapi kerana ia lebih padat dan tahan lama.
3. Tomato
Elakkan memilih tomato yang memiliki 5 helai daun pada tangkainya kerana ia lazimnya lebih masam dan kurang sedap. Sebaliknya, tomato dengan 6 helai daun lebih enak, berjus dan mempunyai tekstur yang lembut.
4. Teratai
Teratai dengan 9 lubang kelihatan lebih rangup dan ideal untuk salad. Jika menginginkan yang lembut dan berjus, pilihlah teratai yang mempunyai 7 lubang kerana lebih cocok untuk masakan berkuah atau digoreng.
5. Kubis
Hindari memilih kubis yang berbentuk bulat kerana ia biasanya kurang renyah. Sebaiknya, pilih kubis yang berbentuk tajam, kerana ia lebih rangup, manis, dan sedap untuk dimasak.
6. Halia
Halia yang dicuci kelihatan bersih, tetapi bukan pilihan terbaik kerana rasanya tidak cukup kuat dan aromanya kurang menyegarkan. Pilihlah halia yang matang dan berkualiti yang belum dicuci, kerana baunya lebih menusuk dan rasa lebih ‘kuat’ untuk masakan.
Sumber: TikTok
Baca juga: Petua Simpan Makanan Dalam Peti Ais, Agar Tahan Lama & Tidak Mudah Rosak