Petai memang menjadi pilihan ramai, terutama dalam sambal, tumisan atau dinikmati sebagai ulam. Namun, jika tersilap memilih, petai boleh menjadi busuk, terlalu tua atau bijinya keras dan hitam. Oleh itu, penting untuk memahami cara memilih petai yang masih baik, segar dan menarik.
Di bawah ini adalah beberapa petua mudah yang boleh dijadikan panduan ketika membeli petai, sama ada yang masih dalam kulit, telah dikopek atau dalam bentuk ikatan papan.
Baca juga: Cara Pilih Buah Ciku Yang Betul-Betul Manis, Baru Tak Kelat & Berbiji Keras!
CARA PILIH PETAI YANG SEGAR
1. Pilih petai yang warnanya hijau segar
Petai yang baik biasanya memiliki warna hijau cerah. Hindari membeli petai yang kulitnya tampak pudar, kekuningan atau mempunyai tompok-tompok gelap kerana itu menandakan ia sudah tidak segar.
2. Periksa kondisi kulit luar
Jika membeli petai dalam kulit (papan), tekan sedikit pada bahagian luar. Pastikan kulitnya masih tegang dan tidak lembik. Kulit yang kecut atau lembik menunjukkan isi di dalam mungkin sudah lembik atau tidak elok.
3. Goncang papan petai
Cuba goncang sedikit papan petai dan dengar jika ada bunyi biji yang bergoyang. Jika terasa padat dan ada bunyi lembut, itu petanda isi dalamnya masih utuh. Jika tiada rasa atau bunyi, mungkin isinya sudah kecut.
4. Hindari petai yang terlalu besar
Petai yang terlalu besar biasanya lebih pahit, keras dan baunya lebih kuat. Saiz sederhana lebih enak dimakan, teksturnya lembut dan baunya tidak terlalu tajam.
5. Periksa warna dan aroma jika membeli yang telah dikopek
Untuk petai yang dijual sudah dikopek, pastikan warnanya masih hijau segar. Elakkan petai yang sudah kehitaman, berlendir atau bijinya tampak layu. Pastikan juga baunya tidak busuk atau masam.
6. lihat bentuk dan kondisi biji
Biji petai yang berkualitas berbentuk bulat leper, tidak retak dan tiada kesan hitam. Jika ada biji yang pecah, merekah atau sudah berubah warna, ia mungkin sudah rosak atau lama disimpan.
7. Beli dari penjual yang kerap mengganti stok
Pilih untuk membeli petai dari penjual yang ramai pelanggan dan kelihatan kerap ‘restock’. Petai yang habis dijual dengan cepat biasanya lebih segar dan baru.
Sumber: IDN TIMES
Baca juga: Lelaki Kongsi Rahsia Ibu Pilih Ayam Segar, Jangan Main Ambil Saja!