Kadangkala, ada saatnya kita teringin menikmati hidangan yang mudah, namun pedasnya tetap memuaskan. Makanan yang boleh membuatkan nasi bertambah tanpa disedari, pastinya Telur Sambal Cili Kering.
Resipi Telur Sambal Cili Kering ini dikongsikan oleh Wan LuQman di Facebook yang menawarkan cara untuk membuat hidangan ini kelihatan menawan. Mari kita coba!
Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Seperti Di Kedai Siam, Tambahkan Bahan Rahsia ‘Ini’
RESIPI TELUR SAMBAL CILI KERING
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, goreng cili kering hingga sedikit rangup. Jika mahu, boleh juga rebus terlebih dahulu, tetapi tidak perlu pun tidak mengapa.
2. Selepas itu, goreng ikan bilis dan bawang putih hingga garing.
3. Setelah ikan bilis garing, masukkan semua bahan yang digoreng ke dalam lesung batu dan tumbuk kasar tetapi jangan terlalu halus.
4. Kemudian, tumis sesudu sos tiram. Sekiranya tiada, tidak mengapa.
5. Masukkan semula bahan yang ditumbuk bersama garam dan gula mengikut citarasa. Jika menggunakan cili kering yang pedas, tambahkan sedikit gula agar tidak terlalu pedas.
6. Selepas itu, tambah telur. Kacau bahagian putihnya dan biarkan masak, kemudian keluarkan bahagian putih yang telah dimasak. Jika tidak menyukai kuning telur yang cair, boleh kacau semuanya sekaligus.
7. Apabila kuning telur telah masak mengikut kehendak, keluarkan dan letakkan di atas putih telur yang telah dikeluarkan lebih awal.
8. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan jangan lupa perah asam limau. Siap untuk dihidangkan!
Selamat mencuba!
Sumber: Wan LuQman
Baca juga: Wanita Ini Berkongsi Tips Agar Telur Tidak Pecah Dalam Kuah Masak Lemak, Bentuk Bulat Gebu!