Perjalanan ke negara orang memang menyeronokkan, tetapi ketika kerinduan rumah melanda, lidah kita mula mencari cita rasa yang dikenal. Sebab itu ramai warga Malaysia tidak lupa membawa comfort food ketika berkunjung ke luar negara, sajian yang bukan sahaja lazat tetapi juga penawar kerinduan.
Artikel berkaitan: Ini Senarai Makanan Berpek Murah & Tahan Lama Sesuai Untuk Kaki Perjalanan Bajet!
Jom lihat senarai 7 comfort food yang sering dibawa atau dicari oleh ramai warga Malaysia semasa travel ke luar negara:
1. Maggi Kari – Jenis Comfort Food Travel Di Luar Negara Yang Paling Digemari
Ini bukan sekadar mi segera, ini penyelamat hidup. Maggi Kari ini adalah comfort food nombor satu bagi rakyat Malaysia. Ketika travel, terutama apabila makanan tempatan kurang ‘mesra’ pada selera kita, Maggi lah yang menyelamatkan mood.
Tambah telur separuh masak, sedikit sayur atau sambal kering, terus rasa bagaikan menikmati hidangan seperti di rumah ketika hujan.
Lebih-lebih lagi, jika anda berada di kawasan sejuk, rasanya menjadi dua kali ganda enak. Mudah disediakan, boleh dimakan sendiri atau dikongsi bersama rakan, pasti semua orang akan puas hati.
2. Sambal Bilis Garing – Ringan, Pedas & Digemari Ramai
Kecil, ringan dan tidak perlu disimpan dalam peti. Sambal bilis ini memang hebat. Makan bersama roti juga sedap, letak atas nasi panas, campur dalam mi segera pun ‘ngam’.
Lebih istimewa jika sambal tersebut adalah hasil tangan ibu atau nenek di kampung. Bau sambal yang menyengat saat dibuka… memang membuat kita rasa bagaikan pulang ke rumah sebentar.
3. Nasi Impit & Kuah Kacang – Suasana Raya Di Perantauan
Tidak ramai yang mengetahui nasi impit vacuum pack kini semakin mudah dibawa. Makan dengan kuah kacang segera langsung terasa seperti pagi raya, walaupun sedang travel sendirian di Amsterdam atau Korea.
Selalunya, hidangan ini sesuai dinikmati pada malam hari, dalam bilik hotel atau hostel. Jika ingin lebih feeling, pasang lagu raya di telefon sambil menikmati hidangan. Mungkin rasa sebak, tetapi kepuasan pasti ada.
4. Serunding Daging/Ayam – Sumber Protein Ketika Travel
Antara makanan perjalanan Malaysia yang wajib ada dalam beg ialah serunding dan nasi segera. Ramai pelancong bersetuju, membawa makanan perjalanan Malaysia banyak membantu dalam perjalanan yang panjang.
Tak basi, ringan dan sangat sedap. Rasanya cukup lengkap, manis, pedas, lemak, semua ada. Sesuai disajikan bersama nasi putih, roti atau sebagai lauk tambahan bila memasak sendiri di hostel.
Untuk menambah keseronokan, buat mini nasi lemak dengan serunding dan sambal bilis. Di dapur hotel pun boleh menjadi chef Malaysia.
5. Teh Tarik 3-in-1 – Rasa Kopitiam Dalam Cawan
Kadang-kadang kita tidak perlukan makanan langsung, cukup dengan secawan teh tarik yang panas. Teh tarik 3-in-1 ini memang wajib dibawa. Mudah untuk dicampur, aromanya pun…
dah buat hati cair.
Contohnya, di waktu pagi sambil melihat matahari terbit di Airbnb, atau setelah penat berjalan pada petang hari. Teh tarik ini benar-benar membawa nuansa “Malaysia” dalam setiap hirupan.
6. Nasi Goreng Kering – Cepat, Mengenyangkan & Halal
Jika terdapat satu hidangan yang “multifunctional” dan sesuai untuk dibawa travel, inilah nasi goreng kering atau nasi segera (jenis vacuum pack).
Biasanya, anda hanya perlu memanaskan dan terus menikmati. Tanpa lauk pun sudah cukup sedap. Ada pelbagai pilihan rasa seperti nasi goreng kampung, nasi goreng cina atau sambal.
Paling utama, nasi ini sangat sesuai apabila sukar mendapatkan makanan halal atau terlalu letih untuk keluar makan. Teksturnya enak, aromanya seperti kedai makan tepi jalan di Malaysia.
7. Kuih Raya Mini Pack – Kenangan Dalam Setiap Suapan
Ini raret sedikit tetapi bagi yang pernah membuat, tahu betapa berharganya. Kuih raya seperti tart nenas, biskut suji atau samperit, jika dibawa dalam bekas kecil, ia menjadi mood booster ketika travel.
Makan satu-per-satu sambil melihat gambar keluarga di telefon, terasa sayu tetapi pada waktu yang sama, rasa disayangi.
Lebih seronok apabila share dengan rakan dari negara lain juga, boleh jadi cultural sharing juga tau!
Bila Perut Kenyang, Hati Pun Tenang

7 Comfort Food Orang Malaysia Wajib Bawa Bila Travel
Comfort food ini lebih dari sekadar hidangan tetapi membawa kepada memori, rasa kasih sayang dan membuat kita rasa connected dengan rumah. Apabila travel jauh, perkara-perkara kecil seperti ini yang menjadikan kita kuat dan bahagia.
Jadi, sebelum menyusun beg untuk perjalanan seterusnya, pastikan anda bawa sekurang-kurangnya satu comfort food ketika travel luar negara dari senarai ini.
Setiap individu mempunyai versi tersendiri tentang apa itu comfort food ketika travel luar negara, kongsikan pilihan anda di ruangan komen!
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, sebuah kempen yang dibentuk khusus untuk menyokong pelancong Muslim semasa mereka melakukan perjalanan ke luar negara dengan ketenangan, keselamatan, dan keyakinan penuh.
Inisiatif ini menyajikan panduan mengenai makanan halal, waktu solat & arah kiblat, nasihat perjalanan & keselamatan serta aktiviti-aktiviti yang mesra halal yang menarik.
Kunjungi www.myresipi.com/halaltravelmy untuk informasi lebih lanjut.