Pesona Paprik Ayam Belengas: Hidangan yang Memikat Hati Suami!


paprik ayam belengas

Paprik ayam belengas merupakan salah satu sajian yang sangat digemari kerana perpaduan rasa pedas, manis, dan masam. Hidangan ini amat sesuai untuk semua golongan umur.

Di samping itu, dengan potongan ayam yang lembut, sayuran, serta aroma sedap dari daun limau purut dan serai, resipi ini pasti akan menjadi pilihan seisi keluarga. Cara penyediaannya juga, sangatlah mudah.

Ayuh coba resipi paprik ayam belengas yang sederhana ini!

Baca lagi: Panduan Membuat Lempeng Kosong Kampung, Enak Disajikan Bersama Sambal Bilis

RESIPI PAPRIK AYAM BELENGAS

Bahan-Bahan Utama:

  • 2 keping dada ayam, dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, diracik
  • 1/2 inci halia, dicincang
  • 1 batang serai, diketuk
  • 4 batang cili padi, diketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap sotong
  • 1 sudu makan gula
  • Lobak merah, dihiris nipis
  • Bunga kobis, dipotong kecil
  • 1/2 labu bawang besar, dihiris memanjang
  • 1 batang cili merah, diracik
  • 1/2 cawan air (jika ingin lebih berkuah, pilihan)

Cara-cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

2. Lumurkan hirisan ayam dengan tepung, kemudian goreng hingga ayam berubah warna keputihan. Angkat, toskan, dan ketepikan.

3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Tumis halia, serai, dan bawang putih sehingga mengeluarkan aroma yang harum.

4. Tambahkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan pekat.

5. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis, dan kicap sotong. Kacau hingga seimbang. Tambahkan gula untuk mengimbangkan rasa.

6. Sertakan ayam yang telah digoreng ke dalam kuali. Kacau rata agar ayam menyerap kuah perasa.

7. Jika menginginkan kuah yang sedikit cair, masukkan 1/2 cawan air. Bagi yang lebih suka kuah pekat, abaikan langkah ini.

8. Masukkan lobak merah, bunga kobis, bawang besar, dan cili merah. Masak hingga sayuran menjadi agak empuk tetapi masih segar.

9. Tambahkan daun limau purut dan kacau lagi. Rasa kuah dan sesuaikan dengan selera jika perlu.

Nota:

  • Sos tiram dan kicap sotong sudah cukup memberikan rasa masin, jadi tiada keperluan untuk menambah garam.
  • Untuk rasa yang lebih pedas, boleh tambahkan cili kisar atau cili padi sesuai selera.

Sumber: Makcik Ratu

Baca lagi: Lempeng Guna Daun Pisang, Kenangan Nostalgia Zaman Kecil Dulu-Dulu



Sumber pautan

Scroll to Top