Masakan utara memang tidak terlepas dari rasa pedas, pekat dan wangi rempah yang membuat kita terlena seperti resepi Pais Sotong Ala Utara ini. Meskipun jarang disediakan, tetapi sangat memuaskan.
Resepi Pais Sotong Ala Utara ini telah dikongsikan oleh Mariana Zainal di Facebook dan pasti akan membuat anda terliur apabila mencuba memasak sendiri di rumah. Mari kita cuba!
Baca juga: 5 Petua Sotong Agar Tidak Keras & Kecut Ketika Memasak, Ramai Tidak Tahu Tips No. 3 Paling Berkesan!
RESEPI PAIS SOTONG ALA UTARA
Bahan utama:
- Kira-kira 1kg sotong (dibersihkan, dicuci dan dikerat, jangan putus)
Bahan kisar:
- 15 tangkai cili kering (buang biji, rendam dalam air panas, toskan) (atau 25 biji cili padi jika inginkan lebih pedas)
- 2 biji bawang besar (merah, bukan Holland)
- 5 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 2 sudu teh biji ketumbar
- ½ sudu besar serbuk kunyit
- 2 sudu teh jintan manis
- ½ cawan air asam jawa (dicairkan)
- Sedikit air untuk mengisar
Bahan lain:
- ½ biji kelapa parut
- 2 helai daun kunyit (diiris halus atau dikoyak-koyak)
- ½ sudu besar gula
- 1 ½ sudu teh garam
- Sedikit perasa (jika suka)
- ½ senduk minyak masak
Cara-cara memasak:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, serai, ketumbar, jintan manis, kunyit, air asam jawa dan sedikit air sehingga halus.
2. Masukkan kelapa parut, kisar sekejap sahaja (jangan terlalu lama).
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan mengeluarkan aroma. Masukkan gula, garam dan bahan perasa. Kacau sentiasa menggunakan api sederhana.
4. Setelah sambal kelapa sudah garing, masukkan sotong bersama hirisan daun kunyit. Gaul rata.
5. Akhir sekali, masak hingga sotong lembut, sesuaikan rasa.
Tips ekstra sedap:
- Setelah sambal kelapa masak dengan baik, gaulkan dengan sotong, kemudian balut dengan daun pisang.
- Letakkan dalam kuali, tutup dengan tudung periuk, masak dengan api perlahan hingga masak sempurna. Hasilnya harum dan lebih padu.
Selamat mencuba!
Sumber: Mariana Zainal
Baca juga: Pais Ikan Paling Mudah, Boleh Guna Kaedah Kukus Atau Bakar