Ketika menjelang musim perayaan, salah satu hidangan yang pasti ada di atas meja adalah nasi impit. Hari ini, kami akan berikan panduan bagaimana cara merebus nasi impit dengan cepat dan menjimatkan gas di rumah.
Tak kira sama ada ingin menikmatinya dengan kuah kacang, rendang, atau lontong, pastinya hidangan tersebut tidak sempurna tanpa nasi impit. Namun, ramai yang mengelak untuk merebus kerana ia memakan masa.
Sebenarnya, terdapat teknik yang lebih pantas, mudah, dan jimat gas meskipun hanya menggunakan periuk biasa. Dengan cara oleh Ummifz Disini di Facebook, anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.
Baca juga: Cara Buat Nasi Impit Guna Plastik Aiskrim, Lebih Mudah Potong!
CARA REBUS NASI IMPIT CEPAT DAN JIMAT GAS
1. Pertama-tama, panaskan air hingga mendidih sepenuhnya. Sementara itu, basuh pek nasi impit dan toskan.
2. Setelah air mendidih, barulah masukkan nasi impit (jangan masukkan terlalu awal ye).
3. Kemudian, rebus selama lebih kurang 10 minit.
4. Selepas itu, matikan api dan biarkan nasi dalam periuk bertutup selama 30 minit (pastikan tidak usik).
5. Setelah waktu mencukupi, rebus semula selama 10 hingga 15 minit sehingga anda berpuas hati dengan kelembutannya.
6. Terakhir sekali, toskan air sehingga kering. Langkah ini penting agar nasi impit tahan lama dan tidak cepat basi. Siap untuk digunakan!
Cara merebus nasi impit ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin memasak dalam jumlah banyak atau sesiapa yang ingin cepat siapkan hidangan. Ia bukan saja menjimatkan gas, malah hasilnya lembut dan sedap.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Ummifz Disini
Baca juga: Lebihan Nasi Impit Jangan Dibuang, Boleh Buat Nasi Impit Goreng Daging Yang Sedap