Ketika menantikan gaji yang masuk, pastinya ingin sediakan hidangan yang paling menjimatkan. Oleh sebab itu, kami syorkan anda mencuba resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado yang sangat sedap.
Meskipun sajian lauk ini kelihatan ringkas, namun ia cukup dengan sayuran kentang, terung, dan tempe yang amat menarik selera. Jika ada telur goreng, pasti lebih nikmat!
Siti Nornaim Keng telah berkongsi resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado di Facebook, dan hasilnya membuatkan ramai terliur melihatnya. Mari kita cuba!
Baca juga: Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis, Rangup Sampai Kunyah Tak Berhenti
RESEPI IKAN BILIS KENTANG TERUNG BERLADO
Bahan-bahan:
- Ikan bilis
- Kentang (dipotong dadu)
- Terung (dipotong memanjang)
- Tempe
- Bawang putih
- Bawang merah
- Cili api merah
- Cili besar
- Belacan
- Bawang holland (diiris besar)
- Garam
- Gula
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, kisar bawang putih, bawang merah, cili api merah, cili besar, dan belacan secara kasar, kemudian ketepikan.
2. Setelah itu, goreng ikan bilis, kentang, terung, dan tempe sehingga garing (tidak perlu gaul semua bahan ini dengan kunyit), angkat dan toskan.
3. Seterusnya, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan berbau wangi.
4. Kemudian, tambahkan garam, gula, dan bawang holland.
5. Akhir sekali, masukkan semua bahan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga rata. Siap untuk dihidangkan!
Kombinasi ikan bilis yang garing berserta kentang, terung, dan tempe dengan sambal berlado yang lazat sudah pasti terjamin membuatkan anda ingin tambah nasi lagi.
Hakikatnya, hidangan ini boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan ada yang lebih suka memotong kentang berbentuk bulat. Namun, ia terpulang kepada cita rasa anda sendiri untuk menikmatinya.
Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado ini bukan sahaja berfungsi untuk berjimat, tetapi adalah hidangan ideal jika anda ingin memasak dengan cepat di rumah.
Untuk pengetahuan anda, ramai yang menjadikan hidangan lauk ini sebagai bekal ke tempat kerja. Mudah cerita jika tidak ada idea untuk bawa bekal, bolehlah menggunakan resepi ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Nornaim Keng
Baca juga: Ikan Bilis Goreng Bawang, Lauk Akhir Bulan Ini Sedap Macam Mak Masak!