Kuih goreng yang tak pernah surut dan lapuk dek zaman, pastinya Pisang Goreng menjadi pilihan utama. Untuk mencuba di rumah, gunakan resepi Pisang Goreng yang ringkas ini.
Wanginya ketika menggoreng sudah cukup untuk membuatkan perut berbunyi dan menggugah selera. Namun, salah satu cabaran yang sering ditemui ialah tepung yang mudah tertanggal.
Jika anda pernah menghadapi situasi ini, sudah tiba masanya untuk anda cuba resepi Pisang Goreng yang mudah ini, dikongsikan oleh Nor Haidah Md Said di Facebook.
Baca juga: Cara menggoreng pisang supaya banyak kerak dan rangup berjam-jam!
RESEPI PISANG GORENG SIMPLE
Bahan-bahan campuran tepung:
- 300gram tepung goreng pisang (saya menggunakan jenama Adabi)
- 500gram tepung beras (sepaket)
Nisbah bancuhan tepung:
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, masukkan tepung goreng pisang dan tepung beras ke dalam balang kuih yang sederhana tinggi.
2. Selepas itu, goncang hingga sebati dan bercampur dengan baik.
3. Sediakan bancuhan tepung mengikut nisbah yang dinyatakan di atas. Pastikan tidak terlalu cair atau pekat, cukup sekadar boleh melapisi senduk.
4. Kemudian, panaskan minyak masak.
5. Apabila minyak sudah panas, ambil sesenduk dan masukkan ke dalam bancuhan tepung tadi, kemudian gaul dengan baik.
6. Seterusnya, celup pisang dan terus goreng. Jangan biarkan pisang terlalu lama dalam tepung, celup dan segera goreng dengan api sederhana kerana pisang mudah hangus.
7. Untuk memastikan minyak rata dan semua bahagian pisang kena, boleh gunakan periuk. Setelah garing, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Pisang Goreng bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga membangkitkan kenangan manis. Dengan resepi ringkas ini, anda boleh hasilkan Pisang Goreng yang rangup dan lazat.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Haidah Md Said
Baca juga: Cara membuat pisang goreng tanpa serap minyak, rangup sampai petang