Popia Nestum Lezat: Mudah & Menggoda dengan Hanya 5 Bahan!


resepi popia nestum

Selain daripada kuih raya tradisional, resipi Popia Nestum juga sangat terkenal dan sering dicari menjelang Hari Raya. Mana tidaknya, snek ini memang laris dan sebalang pun rasa tidak mencukupi.

Popia Nestum adalah sejenis popia kecil yang diisi dengan bahan manis dan rangup, memberikan pengalaman rasa yang unik serta kelezatan yang tiada bandingnya.

Ia tidak sukar untuk menyediakan snek ini di rumah, hanya ikuti resipi Popia Nestum yang dikongsikan oleh Nur Amirah A Bakar di Facebook yang mengandungai 5 bahan mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Popia Pepero, Menggunakan Kulit Popia Namun Sedap Dan Rangup Tak Terperi!

RESEPI POPIA NESTUM

resepi popia nestum

Bahan-bahan:

  • 1 paket popia (saya menggunakan jenama Kawan)
  • 2 cawan nestum
  • 1 cawan horlicks (jika tidak suka horlicks, boleh ganti dengan susu tepung)
  • 1 cawan gula kastor
  • Minyak masak

Cara-cara penyediaan:

1. Pertama sekali, gulungkan popia sehelai demi sehelai (boleh guna lidi jika bimbang tidak sama besar) dan lekatkan dengan tepung gandum.

*Bahan pelekat: campurkan tepung gandum dengan sedikit air dan letakkan di sudut popia sebelum menggulung.

resepi popia nestum

2. Setelah itu, potong pada sudut menggunakan gunting (pastikan guntinga sangat tajam).

*Jika tidak mahu menggoreng lagi, simpan dalam bekas tertutup dahulu dan letakkan dalam peti sejuk.

resepi popia nestum

3. Kemudian, kisar 2 cawan nestum, 1 cawan horlicks, dan 1 cawan gula kastor.

4. Seterusnya, goreng popia tersebut dan pastikan ia di

masak hingga berwarna keemasan (boleh merasa bahawa popia sudah keras dan tidak lembik lagi).

5. Angkat dan toskan selama 2 hingga 3 saat, kemudian segera gaul dalam bahan kisar yang telah disediakan (sekiranya tiada minyak langsung, nestum tidak akan melekat). Siap untuk dinikmati!

Kami syorkan anda menghasilkan resepi Popia Nestum ini melebihi satu balang kerana snek ini amat digemari ramai, terutamanya oleh kanak-kanak. Jangan terkejut jika mereka makan tanpa henti nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Amirah A Bakar

Baca juga: Popia Seaweed Gulung Tanpa Menghabiskan Banyak Modal, Gulung Saja Siap



Pautan sumber

Scroll to Top