Popia Susu 3 Bahan: Kunyah Sekali, Pasti Ketagihan!


resepi popia susu

Jika anda ingin membuat kudapan manis yang garing dan mudah, cuba resepi Popia Susu ini. Ia bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak, tetapi juga menjadi pilihan di kalangan orang dewasa.

Popia Susu merupakan kulit popia yang digoreng, dicampur dengan bahan susu tepung dan gula, menghasilkan rasa garing dan manis yang memikat banyak hati.

Iza Ramli telah berkongsi resepi Popia Susu yang mudah untuk anda cuba sendiri di rumah; sekali kunyah pasti anda akan ketagihan. Mari kita cuba!

Baca juga: Popia Pepero, Menggunakan Kulit Popia Yang Sedap Dan Garing!

RESEPI POPIA SUSU

resepi popia susu

Bahan-bahan:

  • Kulit popia (boleh juga menggunakan yang bersaiz kecil)
  • ½ cawan susu tepung
  • ½ cawan gula kastor

Cara-cara membuat:

1. Pertama, gulung kulit popia dengan straw untuk memudahkan dan mendapatkan saiz yang seragam. Kemudian, lekatkan hujung popia dengan air.

2. Popia yang telah digulung itu dipotong menjadi kecil-kecil (ikut citarasa anda).

3. Selepas dipotong, bolehlah goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga warna menjadi kekuningan.

resepi popia susu

4. Setelah itu, masukkan kulit popia ke dalam mangkuk dan campurkan dengan susu tepung serta gula kastor. Gaul sehingga sekata. Lebih mudah jika dimasukkan dalam bekas bertutup dan goncang.

5. Setelah selesai, boleh simpan dalam balang bertutup. Kini ia sedia untuk dihidangkan!

Gabungan rasa garing kulit popia bersama kemanisan susu tepung dan taburan gula menjadikannya pilihan yang ideal untuk dinikmati bersama keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Iza Ramli

Baca juga: Resepi Popia Nestum Mudah Dengan 5 Bahan, Kunyah Sampai Tak Berhenti!



Source link

Scroll to Top